MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA
2.5 Objektif semua temubual ialah untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan
boleh dipercayai daripada orang yang ditemubual; bukannya untuk mengesahkan
kepercayaan penemubual tentang apa yang mungkin berlaku, atau memaksa mereka
yang ditemubual memberikan maklumat. Maklumat yang tepat dan boleh dipercayai
menjadi asas pembuatan keputusan yang kukuh oleh pihak berkuasa siasatan dan
proses mengumpulkan maklumat.
2.6 Mencari maklumat yang tepat dalam temubual bermaksud penemubual menyasarkan
untuk mendapatkan gambaran kejadian yang bebas daripada kesilapan atau
kecacatan semampu yang mungkin. Memori boleh menjadi lemah, tidak sempurna,
tidak lengkap dan menghilang dengan cepat. Oleh yang demikian, penemubual
patut berusaha mengumpul dan merekod keterangan apakah yang berlaku dalam
sesuatu kejadian melalui pemeriksaan, penuh fakta dan selengkap mungkin tanpa
ada apa-apa yang tertinggal atau diputarbelitkan.
2.7 Mencari maklumat yang boleh dipercayai dalam sesebuah temubual bermaksud
keterangan tersebut, ketika diberikan tanpa halangan atau paksaan, boleh dipercayai
dan boleh dipertahankan ketika pemeriksaan rapi, contohnya dalam prosiding
undang-undang nanti.
Perlindungan Undang-undang
2.8 Perlindungan undang-undang dan prosedur yang terpasak dalam norma
perundangan antarabangsa merupakan komponen penting dalam proses temubual.
Pelaksanaannya yang berkesan ketika sebelum, semasa dan selepas temubual
menyumbang kepada kejayaan proses tersebut, dengan memastikan rasa hormat
terhadap hak asasi serta meningkatkan kebolehpercayaan dan nilai keterangan
daripada maklumat yang diperolehi. Perlindungan undang-undang meningkatkan
kebarangkalian temubual dijalankan dengan profesional, berkesan dan layanan
berpatutan diberikan sepanjang proses pengumpulan maklumat dan kehakiman. Maka
menjadi tanggungjawab pihak berkuasa, termasuk penemubual, bagi memastikan
bahawa orang yang ditemubual dilayan dengan bermaruah dan menghormati
piawaian undang-undang yang relevan kerana ia memberikan hasil yang sah dari segi
undang-undang.
2.9 Pihak berkuasa hendaklah memastikan pelaksanaan berkesan perlindunganperlindungan berikut sepanjang proses temubual:
a. Hak untuk dimaklumkan tentang hak
b. Hak untuk berdiam diri
c. Hak untuk dimaklumkan tentang sebab tangkapan dan sebarang pertuduhan
ketika tangkapan
d. Akses kepada penterjemahan
e. Hak untuk memaklumkan ahli keluarga atau pihak ketiga tentang penahanan
f. Hak mendapatkan akses kepada peguam, termasuk melalui bantuan guaman
g. Hak mendapatkan akses kepada doktor dan pemeriksaan perubatan bebas
h. Hak menghubungi dunia luar
i. Pendaftaran individu yang diletakkan dalam tahanan
j. Rakaman penuh temubual
k. Hak untuk menyemak dan menandatangani rekod temubual
134
اختر الفقرة المستهدفة3
الاتصال بفقرة
Connect to an entity
Disable highlights
أضف إلى جدول المحتويات