MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA PRINSIP 2 – Amalan Temubual yang berkesan ialah proses menyeluruh bagi mengumpulkan maklumat yang tepat dan boleh dipercayai di samping menerapkan perlindungan undang-undang yang berkaitan. …………………………………………………………………………………………………..……………….. Huraian Proses yang Menyeluruh 2.1 Temubual yang berkesan ialah sebuah proses dan bukannya berlaku sekelip mata. Proses tersebut merangkumi semua interaksi antara pihak berkuasa penyiasatan dan pengumpulan maklumat dengan orang yang hendak disoal. Proses bermula dari saat seseorang pegawai mengenal pasti seseorang individu bagi mendapatkan maklumat daripadanya, berterusan sepanjang temubual dan berakhir sebaik sahaja penemubual menjalankan penilaian ke atas proses tersebut dan menganalisis hasilnya. Layanan terhadap orang yang ditemubual sepanjang proses tersebut – sebelum, semasa dan selepas sebarang temubual – penting bagi integriti proses tersebut. 2.2 Temubual ialah sebuah proses penyesuaian yang rumit yang melibatkan manusia, tingkah laku dan hak asasinya. Proses ini dipengaruhi oleh keadaan persekitaran, dan hasilnya boleh dipengaruhi tindakan penemubual dan semua pihak berkuasa yang terlibat. Proses tersebut menyebabkan penemubual lebih fokus terhadap pengumpulan maklumat, daripada terdorong untuk mendapatkan pengakuan, dan mengekalkan pendekatan yang fleksibel berbanding linear untuk mencungkil keterangan yang tepat dan boleh dipercayai. Tambahan pula, setiap temubual berbeza-beza, jadi penemubual perlu membuat pertimbangan profesional yang terbaik dalam memutuskan cara untuk meneruskan temubual pada bila-bila masa tertentu, tetapi masih sejajar dengan Prinsip-prinsip yang digariskan. 2.3 Temubual tidak wujud secara berasingan; ia sebahagian daripada usaha penyiasatan atau pengumpulan maklumat yang lebih besar. Sesuatu temubual dipandu oleh objektif operasi yang lebih besar dan bukti tersedia yang lain. Maklumat yang dikumpul ketika temubual boleh digunakan untuk disesuaikan dengan sasaran dan strategi penyiasatan yang lebih luas, malah membuka penyiasatan yang baru. Maklumat yang diperolehi ketika temubual mungkin penting, kerana biasanya ia menyediakan asas untuk keputusan yang berikutnya, seperti sama ada hendak membuat pendakwaan atau tidak, dan mungkin akan dikemukakan sebagai keterangan penting dalam prosiding undang-undang atau selainnya. 2.4 Sebuah temubual yang berkesan secara tipikalnya akan melibatkan yang berikut: a. Persediaan dan perancangan yang menyeluruh b. Memastikan perlindungan yang relevan digunapakai sepanjang masa c. Bersikap terbuka, termasuk mengelakkan prejudis d. Mewujudkan persekitaran yang tidak memaksa e. Membina dan mengekalkan hubungan baik f. Menggunakan teknik menyoal yang disokong secara saintifik dan undang-undang g. Pendengaran aktif dan membolehkan orang yang ditemubual bercakap sepenuhnya dan dengan bebas h. Penilaian dan analisis terhadap maklumat yang dikumpulkan dan proses temubual maklumat yang tepat dan boleh dipercayai 133 

اختر الفقرة المستهدفة3

الاتصال بفقرة
Connect to an entity
Disable highlights
أضف إلى جدول المحتويات