MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA
2.16 Layanan buruk atau keadaan yang tidak mencapai piawaian ketika tempoh
permulaan ini mungkin meninggalkan kesan negatif terhadap penyiasatan dan
mana-mana temubual selanjutnya: orang yang ditemubual mungkin keberatan untuk
bercakap dan mungkin mengalami kesan kognitif dan fizikal yang memudaratkan serta
melemahkan keupayan mereka untuk memahami sepenuhnya dan menggunakan hak
mereka, serta keupayaan mereka untuk memberikan maklumat yang tepat dan boleh
dipercayai. Memastikan perlindungan hak asasi dan maruah orang yang ditemubual
ketika ini, selain daripada menjalankan tugas sah sebagai pegawai, menyumbang
kepada integriti semua prosedur yang berikutnya.
2.17 Apabila seseorang ditahan sebelum atau semasa sesi temubual, pihak berkuasa
hendaklah memastikan bahawa penahanan dibuat dengan mematuhi hak asasi
manusia dan mereka dilayan dengan bermaruah pada setiap masa. Ini termasuklah
memenuhi keperluan asas berkenaan makanan, air, suhu dan rehat yang secukupnya.
2.18 Temubual tidak sepatutnya terlampau lama dan hendaklah dijalankan dalam
persekitaran yang tidak menakutkan, dan mematuhi hak asasi dengan memberi
perhatian kepada privasi dan keselamatan. Keadaan fizikal yang optimal bagi orang
yang ditemu ramah boleh meningkatkan penumpuan, menggalakkan hubungan baik,
meningkatkan komunikasi dan memudahkan mengingati semula memori yang boleh
dipercayai.
Memaklumkan orang yang ditemubual
2.19 Menunjukkan keprihatinan terhadap orang yang ditemubual sejak pertemuan awal
ialah peluang pertama untuk membina kepercayaan dan hubungan baik. Hal ini
lebih mudah berlaku jika orang yang ditemubual diberikan penjelasan awal dan jujur
tentang sebab mereka dibawa untuk disoal, formaliti apa yang digunapakai, dan
bagaimana temubual akan dijalankan. Memberi penjelasan mengenai prosedur dan
aktiviti yang mungkin berlaku ialah peluang awal untuk menunjukkan keikhlasan, rasa
hormat, memberikan jangkaan dan perhatian penuh, serta membina kepercayaan.
2.20 Apabila seseorang itu dilucutkan kebebasannya, pihak berkuasa tahanan mestilah
menerangkan dengan jelas kepada orang tersebut: tindakan yang sedang diambil
(misalnya tangkapan); alasan berfakta dan undang-undang yang menjustifikasikan
tindakan tersebut; dan berkomunikasi dengan jelas memaklumkan tentang hak
mereka. Pihak berkuasa tahanan hendaklah pada sepanjang proses mengambil
semua langkah yang perlu untuk memastikan bahawa mereka memahami sebabsebab dan hak, termasuk bagaimana untuk mengakses dan menggunakan hak
mereka sepenuhnya.
2.21 Hak untuk dimaklumkan oleh pihak berkuasa tentang sebab tangkapan terpakai
tidak kira bagaimana cara, formaliti atau perbuatan tak rasmi yang dilakukan untuk
melaksanakan tangkapan, dan juga tidak kira apa-apa pun sebab perlucutan
kebebasan. Memberikan maklumat mengenai sebab tangkapan dan sebarang
pertuduhan ialah perlindungan terhadap tangkapan arbitrari dan membolehkan
seseorang mencabar kesahan tangkapan mereka dan memohon supaya dilepaskan
sekiranya mereka percaya bahawa sebab tangkapan itu tidak berasas, tidak sah,
atau menyalahi undang-undang. Ini juga membolehkan seseorang mencabar dan
memohon supaya keadaan dan layanan dalam tahanan diperbaiki.
136
اختر الفقرة المستهدفة3
الاتصال بفقرة
Connect to an entity
Disable highlights
أضف إلى جدول المحتويات