MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA
•
Artikel selebihnya mengatur penubuhan Jawatankuasa Hak Asasi Manusia
untuk memantau pelaksanaaan ICCPR serta prosedur aduan dan pentadbiran
Kovenan.
iii. Kovenan Antarabangsa mengenai Hak Ekonomi, Sosial dan Budaya 1976 (ICESCR)
• ICESCR adalah sebahagian daripada Rang Undang-Undang Hak Asasi
Manusia Antarabangsa. Ia memperuntukkan hak setiap individu dari segi
ekonomi, sosial dan budaya yang harus dihormati, dipenuhi dan dilindungi
oleh negara ahli. ICESCR mengandungi 31 Artikel.
•
Artikel 1 mengiktiraf hak setiap individu menentukan nasib sendiri. Artikel
2 – 3 menyenaraikan prinsip asas iaitu realisasi progresif; hak sama rata dan
tiada diskriminasi; dan pembatasan hak mengikut undang-undang hanya
untuk menjaga kebajikan umum dalam masyarakat demokratik. Artikel 6 -15
menyenaraikan hak-hak ekonomi, sosial dan budaya seperti hak kepada
pekerjaan, hak keselamatan sosial, hak kesatuan sekerja, bantuan kepada
keluarga, hak kepada taraf hidup yang memadai, akses kepada kesihatan,
hak kepada pendidikan dan penyertaan dalam kebudayaan.
•
Artikel 16 – 31 adalah berkaitan laporan dan pemantauan pelaksanaan,
ratifikasi, penguatkuasaan dan pindaan ICESCR.
iv. Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita 1979
(CEDAW)
• CEDAW adalah kovensyen yang bermatlamat memastikan wanita
mempunyai hak yang sama rata dari segi sivil, politik, sosial dan budaya
serta menghapuskan segala bentuk diskriminasi terhadap wanita. CEDAW
mengandungi 30 Artikel.
•
Artikel 1 memberikan definisi ‘diskriminasi terhadap wanita’ sebagai apa-apa
perbezaan, pengecualian atau sekatan yang dibuat berdasarkan jantina
yang mempunyai kesan atau tujuan menjejaskan atau membatalkan
pengiktirafan, pengnikmatan atau penggunaan hak asasi manusia dan
kebebasan asasi dalam bidang politik, ekonomi, sosial, budaya, sivil atau
bidang lain oleh wanita tanpa mengira status perkahwinan mereka, dan atas
dasar kesetaraan lelaki dan wanita. Artikel 2 – 6 mempertanggungjawabkan
negara ahli untuk mengambil segala langkah sama ada perundangan,
pendidikan, dasar dan amalan untuk menghapuskan diskriminasi
terhadap wanita dalam bidang politik, sosial, ekonomi dan budaya dan
membenarkan langkah khas sementara untuk mencapai kesetaraan.
Artikel 7 – 16 mempertanggungjawabkan negara ahli agar mengambil
langkah untuk memastikan wanita mendapat hak yang sama rata untuk
menyertai kehidupan politik dan awam; menyertai kerajaan dan badan
bukan kerajaan; mendapat kerakyatan; kesamarataan dalam bidang
pendidikan, pekerjaaan, penjagaan kesihatan serta kehidupan ekonomi
dan sosial; bantuan kepada wanita di pedalaman; kesamarataan dari
segi undang-undang dan perkahwinan.
12