MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA • Artikel 2 hingga 7 menyenaraikan tanggungjawab negara ahli untuk mengambil segala langkah untuk menghapuskan diskriminasi kaum dan mempromosi kesefahaman antara kaum, mencegah pemisahan kaum dan aparteid, mengutuk propaganda dan organisasi yang berasaskan idea ketuanan satu kaum, menjamin hak sama rata untuk setiap kaum, menubuhkan tribunal untuk memberi perlindungan dan remedi berkaitan diskriminasi kaum dan mengambil pendekatan yang segera serta efektif melalui pengajaran, pendidikan, budaya dan maklumat untuk melawan prejudis yang menyebabkan diskriminasi kaum serta mempromosi kesefahaman dan toleransi. • Artikel selebihnya memperuntukkan pemilihan Jawatankuasa Penghapusan Diskriminasi Kaum (CERD) untuk memantau pelaksanaan konvensyen (Artikel 8); keperluan negara ahli mengemukakan secara berkala laporan mengenai pelaksanaan tanggungjawab mereka untuk diteliti oleh CERD (Perkara 9); membenarkan CERD memeriksa aduan individu terhadap pemerintah di mana negara-negara ahli yang bersangkutan telah sepakat (Artikel 14); dan urusan berkaitan prosedur dan pentadbiran konvensyen (Artikel 15 – 25). ii. Kovenan Antarabangsa mengenai Hak Sivil dan Politik 1976 (ICCPR) • ICCPR, Kovenan Antarabangsa mengenai Hak Ekonomi, Sosial dan Budaya (ICESCR) dan UDHR adalah merupakan Rang Undang-Undang Hak Asasi Manusia Antarabangsa. ICCPR menyenaraikan hak-hak sivil dan politik setiap individu yang harus dihormati, dilindungi dan dipenuhi oleh negara ahli. ICCPR mengandungi 53 Artikel. • Artikel 1 mengiktiraf hak semua orang untuk menentukan nasib sendiri. Artikel 2 - 5 mempertanggungjawabkan negara ahli membuat undangundang untuk menguatkuasa hak-hak di dalam ICCPR, tiada diskriminasi dalam menikmati hak-hak tersebut termasuk wanita, dan hak berkenaan hanya boleh dibatasi pada masa darurat yang mengancam keselamatan negara kecuali untuk beberapa hak mutlak seperti hak untuk hidup, kebebasan dari penyeksaan dan perlindungan daripada perhambaan. • Artikel 6 - 27 menyenaraikan hak-hak tersebut antaranya hak untuk hidup dan bebas dari penyeksaan serta perhambaan (Artikel 6, 7, dan 8); kebebasan dan keselamatan diri, layanan secara kemanusiaan dalam tahanan, dan penahanan tidak digunakan kerana kegagalan memenuhi tanggungjawab kontrak (Artikel 9 - 11); keadilan prosedur dalam undang-undang, perbicaraan yang adil dan tidak berat sebelah, anggapan tidak bersalah, perlindungan daripada undang-undang retrospektif dan pengiktirafan sebagai individu di hadapan undang-undang (Artikel 14, 15, dan 16); kebebasan bergerak, kebebasan pemikiran, hati nurani dan agama, ucapan, pergaulan dan perhimpunan, hak berkeluarga, hak kewarganegaraan, dan hak privasi (Artikel 12, 13, 17 - 24); larangan melakukan sebarang propaganda untuk perang dan kebencian (Artikel 20); penyertaan politik dan hak memilih kerajaan (Artikel 25); hak minoriti dan persamaan di hadapan undang-undang (Artikel 26 dan 27). 11 

Выберите целевой абзац3