MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA b. Prinsip-prinsip umum penahanan kanak-kanak • Kanak-Kanak didefinasikan di bawah Seksyen 2 Akta Kanak-Kanak 2001 sebagai seseorang yang di bawah umur lapan belas tahun. • Bagi umur tanggungjawab jenayah, Fasal 4 Peraturan Beijing menyatakan bahawa: “Dalam sistem perundangan yang mengiktiraf konsep umur tanggungjawab jenayah untuk juvenil, permulaan umur itu tidak boleh ditetapkan pada tahap umur yang terlalu rendah, dengan mengambil kira faktor kematangan emosi, mental dan intelektual.” • Undang-undang Malaysia memperuntukkan bahawa kanak-kanak di bawah umur 10 tahun dianggap sebagai tidak berkeupayaan untuk melakukan jenayah, manakala kanak-kanak berumur antara 10 tahun hingga 12 tahun, mempunyai anggapan keupayaan yang boleh disangkal (rebuttable presumption) dalam menentukan tanggungjawab jenayah mereka. Seksyen 82 Kanun Keseksaan memperuntukkan seperti berikut: “Tidaklah menjadi kesalahan apa-apa jua yang dilakukan oleh kanakkanak yang berumur kurang daripada sepuluh tahun.” • Kanak-kanak yang berumur antara 10 tahun hingga 12 tahun dianggap tidak berkeupayaan melakukan jenayah melainkan dibuktikan sebaliknya. Beban pembuktian untuk membuktikan bahawa kanak-kanak tidak berupaya untuk melakukan jenayah terletak pada pihak pembelaan. Seksyen 83 Kanun Keseksaan menyatakan: “Tidaklah menjadi kesalahan apa-apa jua yang dilakukan oleh kanakkanak yang berumur lebih daripada sepuluh tahun tetapi kurang daripada dua belas tahun yang belum cukup akal untuk menimbangkan keadaan dan akibat perbuatannya pada masa itu.” • CRC menetapkan bahawa negara ahli bertanggungjawab memastikan bahawa sebarang keputusan yang melibatkan kanak-kanak termasuklah sama ada untuk menahan atau sebaliknya harus mengambil kira prinsip kepentingan terbaik kanakkanak (the best interest of the child). • Artikel 37 (b) CRC menetapkan prinsip paling penting berkaitan dengan penahanan terhadap kanak-kanak: “Negara Ahli hendaklah memastikan bahawa: .......... b) Tiada kanak-kanak boleh dilucutkan kebebasannya dengan menyalahi undang-undang atau secara sewenang-wenangnya. Penangkapan, penahanan atau pemenjaraan kanak-kanak hendaklah menepati undangundang dan hendaklah digunakan hanya sebagai langkah terakhir dan untuk tempoh masa yang sesuai yang paling singkat; c) Tiap-tiap kanak-kanak yang dilucutkan kebebasan hendaklah dilayan dengan perikemanusiaan dan dengan hormat bagi maruah diri manusia yang sedia ada, dan mengikut cara yang mengambil kira keperluan orang yang sama umur dengannya. Secara khusus, tiap-tiap kanak-kanak yang dilucutkan 72 

Выберите целевой абзац3