MODUL HAK ASASI MANUSIA
UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA
• Penahanan tidak sewajarnya dijadikan kebiasaan sebaliknya ia dilaksana hanya
kerana keperluan untuk tujuan yang sah kerana penahanan menyebabkan
seseorang individu kehilangan kebebasan diri.
• Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah menggariskan prosedur penahanan seperti
berikut:
i. Reman dilakukan apabila didapati siasatan tidak dapat diselesaikan dalam
tempoh 24 jam di bawah Seksyen 28 KPJ dan terdapat asas untuk mempercayai
bahawa tuduhan atau maklumat yang diperolehi berasas.
ii. Pegawai polis hendaklah dengan segera mengemukakan sesalinan diari siasatan
dan tertuduh kepada Majistret. Pegawai Penyiasat hendaklah memasukkan
maklumat berkaitan reman sebelum ini (sekiranya ada) dan kaitannya dengan
kes yang sedang disiasat di dalam Diari.
iii. Jika kesalahan yang disiasat dihukum penjara kurang dari empat belas tahun,
reman tidak boleh melebihi empat hari pada permohonan pertama dan tidak
lebih dari tiga hari pada permohonan kedua;
iv. Jika kesalahan yang disiasat boleh dihukum mati atau penjara empat belas tahun
atau lebih, reman tidak boleh melebihi tujuh hari pada permohonan pertama
dan tidak lebih dari tujuh hari pada permohonan kedua.
v. Majistret perlu mengambikira tempoh reman sebelum dan kaitannya dengan
kes yang sedang disiasat sebelum membuat keputusan berkenaan tempoh
pelanjutan reman.
• Hak asasi Orang Yang Disyaki (OYDS) adalah:
i. Hak untuk dimaklumkan sebab tangkapan dengan seberapa segera
ii. Hak untuk dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah oleh mahkamah
iii. Penahanan adalah satu pengecualian kepada norma biasa
iv. Hak akses kepada keadilan
a. Prinsip-prinsip umum berkaitan penahanan wanita
• Sekiranya penangkapan dan penahanan sebelum perbicaraan amat diperlukan,
wanita dan kanak-kanak perempuan hendaklah:
i. Diperiksa badan oleh pegawai polis wanita, dan dengan cara sesuai dengan
maruah wanita.
ii. Ditempatkan dalam sel yang berasingan daripada tahanan lelaki.
iii. Sekiranya mereka mempunyai tanggungjawab menjaga anak, dibenarkan
sebelum atau semasa penahanan untuk mengatur penjagaan anak-anak
tersebut, dengan mengambil kira kepentingan terbaik kanak-kanak.
iv. Dibekalkan dengan kemudahan yang diperlukan untuk menghubungi keluarga
mereka, termasuk anak-anak, penjaga anak-anak dan peguam.
v. Dibekalkan dengan kemudahan dan peralatan yang diperlukan untuk
memenuhi keperluan kebersihan khusus wanita, dan menyediakan kemudahan
pemeriksaan dan penjagaan kesihatan wanita yang sesuai dengan maruah diri
dan privasi termasuklah hak untuk dirawat oleh pegawai perubatan.
vi. Tidak boleh dikenakan kurungan atau pengasingan disiplin sekiranya
mengandung, menyusu atau ditemani oleh bayi.
vii. Mempunyai akses kepada rawatan obstetrik dan pediatrik sebelum, semasa dan
selepas kelahiran, sama ada di hospital atau kemudahan lain yang sesuai, dan
tidak dikenakan sekatan fizikal sebelum, semasa dan selepas melahirkan anak.
71