MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA • Secara asasnya tangkapan dilakukan sebagai langkah terakhir atas faktor-faktor berikut: 9 Apabila suspek berisiko melarikan diri; 9 Apabila suspek tersebut disyaki akan melakukan kesalahan lain jika tidak ditangkap; 9 Kesalahan yang dilakukan suspek adalah serius contohnya merompak dan membunuh; 9 Apabila terdapat risiko bahaya ke atas keselamatan suspek atau keselamatan orang lain jika tidak ditangkap; 9 Sekiranya suspek boleh mengganggu saksi jika tidak ditangkap; 9 Apabila undang-undang mewajibkan penangkapan atas kesalahan tersebut. • Dalam melakukan tangkapan, polis dibenarkan menggunakan sebarang langkah yang perlu sekiranya Orang Kena Tangkap (OKT) melawan ketika proses tangkapan tersebut. Walau bagaimanapun penggunaan kaedah tersebut tidak boleh menyebabkan kematian. (Seksyen 15 (2) dan (3) Kanun Prosedur Jenayah). Pegawai dan anggota polis perlu mengambil kira prinsip PLAN untuk menentukan kaedah yang sesuai dalam melakukan tangkapan. • Walaupun undang-undang memberikan polis kuasa untuk melindungi masyarakat dengan menangkap dan membawa penjenayah ke muka pengadilan, undangundang juga mewujudkan prosedur tertentu untuk memastikan bahawa tidak ada orang yang akan kehilangan nyawa atau kebebasan diri seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 5(1) Perlembagaan Persekutuan. • Pelanggaran hak asasi manusia semasa tangkapan boleh berlaku apabila tangkapan dilakukan sewenang-wenang atau cara tangkapan dilakukan melampaui prinsip keberkadaran (Proportionality). Artikel 9 UDHR menyatakan bahawa ‘tiada sesiapa boleh ditangkap, ditahan dan dibuang negeri sewenang-wenangnya’. • Tangkapan sewenang-wenangnya berlaku apabila tangkapan dilakukan ke atas kesalahan yang tidak boleh ditangkap atau tidak mengikut prosedur yang ditetapkan oleh undang-undang (Legality), tangkapan tersebut tidak diperlukan (Necessity) dan tangkapan dilakukan secara rahsia atau tidak dilaporkan (Accountability). Dalam hal ini, PBB telah menguatkuasa Konvensyen Antarabangsa untuk Melindungi Semua Orang Daripada Kehilangan Paksa (ICCPED) bagi menangani kes-kes kehilangan individu yang disebabkan oleh negara. • Seksyen 28A Kanun Prosedur Jenayah menyenaraikan tanggungjawab seseorang pegawai polis untuk memenuhi hak-hak tertentu Orang Yang Disyaki (OYDS) selepas tangkapan. Walau bagaimanapun, Seksyen 28A (8) memberikan kuasa kepada pegawai polis yang berpangkat tidak kurang daripada Deputi Superintenden Polis (DSP) untuk menangguhkan hak-hak tersebut. Keputusan menangguhkan hak-hak OYDS tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya sebaliknya perlu memenuhi kriteria berikut iaitu: i. pemberian hak tersebut akan menyebabkan sama ada:  rakan sejenayah OKT mengambil langkah mengelakkan tangkapan, atau  bukti jenayah akan dipalsukan/ dimusnahkan/ disembunyikan, atau  saksi kes akan diugut. ii. penangguhan soal siasat atau merekod keterangan OKT akan membahayakan keselamatan individu lain. 64 

Выберите целевой абзац3