MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA Cadangan jawapan untuk tenaga pengajar Tindakan yang betul Tindakan yang salah • Sah untuk memeriksa premis sekiranya ada kecurigaan yang munasabah dan tindakan memecahkan pintu adalah berkadaran dengan kesalahan yang disyaki dilakukan. Dalam kes ini, terdapat banyak aduan mengenai dadah dikilangkan di rumah tersebut. • Mereka memperkenalkan diri sebagai pegawai/anggota polis. • Mereka tidak menerangkan sebab penggeledahan. • Tiada keperluan untuk mengarahkan wanita berhenti menyusukan bayi dan mengugut untuk menangkapnya. • Kanak-kanak sebaiknya ditemuduga dengan kehadiran ibu bapa/ penjaga. • Tidak merekodkan barang yang dirampas. 2. Penangkapan • Secara teknikal tangkapan dilakukan apabila pegawai atau anggota polis memegang badan atau menghalang pergerakan seseorang atau apabila individu berkenaan menyerah diri melalui perkataan atau perbuatan (Seksyen 15 (1) Kanun Prosedur Jenayah). • Prosedur tangkapan  Persediaan  Membuat tangkapan  Mengiringi OKT ke lokap  Memeriksa OKT dan merekodkan maklumat • Tangkapan boleh dikategorikan kepada tangkapan dengan waran dan tangkapan tanpa waran. i. Tangkapan dengan waran adalah untuk kesalahan yang tidak boleh ditangkap (non-seizable offence) sebagaimana senarai Kolum Ketiga, Jadual Pertama dalam Kanun Prosedur Jenayah di mana kesalahan yang melibatkan hukuman penjara kurang daripada 3 tahun atau denda sahaja. Waran ialah satu dokumen yang sah dari segi undang-undang yang membenarkan seseorang untuk melakukan tangkapan. Dalam hal ini, Majistret, Hakim, Pesuruhjaya Kehakiman dan pegawai polis pangkat tertentu mengikut undang-undang berkenaan boleh mengeluarkan waran kepada pegawai polis untuk menjalankan tangkapan terhadap individu yang dinamakan. ii. Tangkapan tanpa waran lazimnya dilakukan apabila seseorang telah melakukan atau cuba melakukan kesalahan yang boleh ditangkap (seizable offence) ketika kehadiran pegawai/anggota polis. Seksyen 105 KPJ memberikan kuasa kepada pegawai polis untuk melakukan tangkapan bagi mengelakkan perlakuan kesalahan yang boleh ditangkap sekiranya tiada cara lain untuk mencegah kesalahan tersebut daripada berlaku. 63 

Выберите целевой абзац3