MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA
OBJEKTIF
MODUL
i.
Peserta dapat menjelaskan hak asasi yang relevan sebagai anggota
atau pegawai polis.
ii. Peserta mengetahui bahawa terdapat cabaran-cabaran khusus
kepada penguatkuasa undang-undang dalam menikmati hak asasi
manusia atas faktor tugasan kerja.
iii. Peserta dapat menyenaraikan secara spesifik hak asasi manusia
anggota atau pegawai polis yang perlu dipenuhi.
Nota Rujukan Tenaga Pengajar
1. Adakah hak asasi manusia untuk semua individu termasuk pegawai dan anggota polis?
• Hak asasi manusia adalah mengenai hubungan antara individu dan negara, di mana
individu adalah pemegang hak dan negara adalah pemikul tanggungjawab. Justeru
apabila membincangkan tentang hak asasi manusia dan polis, faktor utama yang
perlu diingat adalah pegawai dan anggota polis bertindak sebagai agen negara;
oleh demikian bertanggungjawab untuk menghormati serta melindungi hak-hak asasi
rakyat. Namun, adakah pegawai dan anggota polis juga dikira sebagai pemegang
hak semasa menjalankan tugas. Jawapan ringkasnya adalah ‘ya’.
- Hak yang saksama - Pegawai dan anggota polis mempunyai hak dan kebebasan
yang sama seperti individu lain dan hak asasi tersebut perlu dilindungi semasa mereka
melaksanakan tugas. Prinsip hak asasi manusia yang terdapat dalam pelbagai
dokumen hak asasi manusia antarabangsa, seperti Perisytiharan Hak Asasi Manusia
Sejagat (UDHR) atau triti-triti hak asasi manusia antarabangsa termasuklah yang telah
ditandatangani oleh Malaysia, terpakai untuk setiap individu termasuk pegawai dan
anggota polis.
- Hak asasi tidak boleh dipisahkan - Hak asasi tidak boleh dipisahkan daripada setiap
individu kerana setiap individu mempunyai maruah diri yang semulajadi. Apabila
mana-mana individu menyertai pasukan polis tidak bermakna dia telah kehilangan
hak asasi manusia kerana terpaksa mematuhi peraturan pasukan. Pandangan
bahawa pegawai dan anggota polis tidak mempunyai hak asasi manusia adalah
satu pemahaman yang sempit dan ia sudah ketinggalan zaman serta bercanggah
dengan pendirian di peringkat antarabangsa.
-
Pengecualian - Hak asasi manusia untuk pegawai dan anggota polis boleh dibatasi,
walau bagaimanapun ia terhad kepada hak asasi manusia yang bukan mutlak
seperti hak untuk berhimpun dan sebagainya. Sekatan terhadap hak asasi tersebut
perlulah berasaskan undang-undang dan prinsip keberkadaran (proportionality)
untuk memastikan pasukan polis berfungsi dengan efektif di dalam negara yang
mengamalkan sistem demokrasi. Satu contoh jelas sekatan yang dibenarkan ke atas
hak asasi pegawai dan anggota polis adalah hak untuk berpersatuan di bawah Artikel
22 Kovenan Antarabangsa Berkenaan Hak Sivil dan Politik di mana ia menyatakan
bahawa:
30