MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA MEKANISME PEMANTAUAN HAK ASASI MANUSIA ANTARABANGSA • • Piagam PBB • Majlis Hak Asasi Manusia Dianggotai oleh 47 Negara Anggota PBB untuk tempoh 3 tahun. Bertanggungjawab untuk mempromosi dan melindungi hak asasi manusia di seluruh dunia. Bertanggungjawab untuk membincangkan semua isu dan situasi hak asasi manusia sepanjang tahun. Penilaian Penggalan Sejagat Proses yang dilaksanakan oleh Majlis Hak Asasi Manusia untuk menilai rekod hak asasi manusia di setiap negara secara berkala. Pelapor Khas Pelapor khas merupakan pakar hak asasi manusia yang diberikan mandat untuk melapor dan memberi cadangan hak asasi manusia berdasarkan tema atau negara dilawati. Mereka dikenali dengan pelbagai panggilan termasuk Wakil Khas, Kumpulan Kerja dan Pakar Bebas. Triti Antarabangsa Badan Triti Hak Asasi Manusia Badan triti hak asasi manusia adalah jawatankuasa yang terdiri daripada pakar bebas yang memantau pelaksanaan triti antarabangsa oleh negara ahli. Setiap negara ahli yang meratifikasi triti perlu mengambil langkah-langkah untuk melaksanakan kewajipan yang dinyatakan dalam triti berkenaan. • NHRI ditubuhkan oleh kerajaan dengan mandat dan kuasa tertentu untuk memantau hak asasi manusia di peringkat domestik. Namun demikian, pemantauan ini tidak terhad kepada NHRI sahaja, sebaliknya melibatkan semua pihak antaranya: i. Agensi dan perkhidmatan kerajaan yang berkenaan; ii. Pertubuhan hak asasi manusia dan pertubuhan bukan kerajaan yang lain (NGO); iii. Mahkamah; iv. Parlimen; v. Media; vi. Pertubuhan profesional (seperti Majlis Peguam); vii. Kesatuan sekerja; viii. Pertubuhan agama; dan ix. Ahli akademik. 9. Hubungan antara Malaysia dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu • Malaysia menjadi ahli ke-82 PBB pada 17 September 1957. Penyertaan Malaysia dalam PBB adalah bertujuan untuk memastikan keamanan dunia dan hak asasi manusia terpelihara. 20 

Выберите целевой абзац3