MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA perlembagaan atau undang-undang tidak jelas sebagaimana yang ditetapkan dalam prinsip tersebut. 10 • Dari ketiga-tiga hujah ini, hujah terakhir telah berjaya digunakan dalam kes Noorfadilla bt Ahmad Saikin lawan Chayed bin Basirun dan lainlain10 pada tahun 2012. Noorfadilla telah ditawarkan kerja sebagai Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT). Setelah menerima memo penempatannya, dia diminta menghadiri taklimat mengenai syarat perkhidmatannya. Pada taklimat itu, beliau ditanya apakah dia sedang mengandung. Setelah mengakui dia mengandung, memo penempatannya ditarik balik. Plaintif mengemukakan saman terhadap Kerajaan atas alasan tindakan tersebut merupakan diskriminasi gender dan bertentangan dengan Perkara 8 (2) Perlembagaan Persekutuan. Dalam penghakiman, Hakim mempertimbang Prinsip Banglore di mana mahkamah harus mengambil kira perjanjian antarabangsa yang diperakui oleh negara sama ada negara itu telah menjadikan perjanjian tersebut sebagai undang-undang atau sebaliknya untuk menghilangkan kekaburan atau ketidakpastian dalam perlembagaan dan perundangan domestik. Oleh itu, Mahkamah Tinggi Shah Alam dalam kes tersebut menperakui keperluan untuk mengambil kira tanggungjawab Malaysia di bawah CEDAW dalam menafsirkan kesaksamaan dan diskriminasi gender di bawah Perkara 8(2) Perlembagaan Persekutuan. Walaupun rayuan difailkan, tetapi Kerajaan telah menarik balik rayuan tersebut. Oleh itu, keputusan tersebut adalah kekal sehingga di akas di mahkamah yang lebih tinggi. • Namun, secara asasnya hak asasi manusia telah dijadikan sebahagian daripada perundangan tertinggi negara apabila Bahagian II Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan secara khusus ‘Kebebasan Asasi’ di bawah Artikel 5 sehingga 13. Namun hak asasi bukan sahaja terhad di bawah Bahagian II Perlembagaan Persekutuan, terdapat juga hak-hak yang disenaraikan di bahagian lain dalam Perlembagaan Persekutuan. Sebahagian besar daripada hak-hak asasi manusia di dalam UDHR terdapat persamaannya di dalam Perlembagaan Persekutuan. Noorfadilla Ahmad Saikin v. Chayed Basirun & Ors, [2012] 1 CLJ 769. 18 

Выберите целевой абзац3