MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA • Ini adalah sebagaimana diputuskan di dalam kes Universiti Merdeka lwn Kerajaan Malaysia8 pada tahun 1981. Kes ini melibatkan permohonan untuk menubuhkan universiti yang menggunakan bahasa Cina sebagai bahasa pengantar. Kerajaan tidak meluluskan permohonan tersebut di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971. Pemohon berpendapat bahawa penolakan permohonan tersebut tidak berperlembagaan dan melanggar Artikel 26 UDHR yang menjamin akses kepada pendidikan yang sama rata. Menerimapakai prinsip dualis, Mahkamah Tinggi berpendapat bahawa UDHR bukan instrumen yang mengikat seperti undang-undang dan bukan sebahagian daripada undang-undang Malaysia. • Konsep dualis ini masih ditemui dalam keputusan kes-kes yang terkemudian. Contohnya pada tahun 2005, kes Beatrice a/p Fernandez lawan Syarikat Penerbangan Malaysia9 di mana Mahkamah Persekutuan menganggap CEDAW tidak relevan sebagai sumber undang-undang dalam menentukan sama ada klausa dalam perjanjian kolektif adalah mendiskriminasi wanita. Di bawah perjanjian kolektif, seorang pramugari yang hamil harus meletakkan jawatan dan sekiranya dia enggan, Syarikat Penerbangan Malaysia berhak memecatnya. Syarikat Penerbangan Malaysia memberhentikan Beatrice kerana dia hamil setelah dia enggan meletakkan jawatan. Beatrice memfailkan saman menuntut agar dikembalikan semula kerja kepada beliau dan ganti rugi diberikan atas alasan bahawa perjanjian tersebut dan tindakan penamatan perkhidmatannya adalah satu diskriminasi berasaskan gender dan ia melanggar Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan. Mahkamah Persekutuan (dan juga Mahkamah Rayuan) tidak merujuk kepada CEDAW dalam penghakiman sebaliknya menolak permohonan rayuan Beatrice. • Walau bagaimanapun, tiga hujah telah dikemukakan agar undang-undang hak asasi manusia antarabangsa menjadi rujukan dalam perundangan negara, iaitu: i. Hujah pertama: Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 telah diiktiraf oleh undang-undang Malaysia apabila Seksyen 4 (4) Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Manusia 1999 (Akta SUHAKAM) memperuntukkan bahawa Suruhanjaya harus memberi perhatian kepada UDHR, dalam menjalankan fungsi dan kuasanya. ii. Hujah kedua: Doktrin harapan yang sah atau ‘legitimate expectation’ iaitu seseorang warganegara memiliki harapan yang sah bahawa negara tidak akan bertindak bertentangan dengan tanggungjawab di bawah perjanjian yang dipersetujui. Doktrin ini adalah peraturan dalam penafsiran undangundang yang diterima secara meluas, termasuklah dalam sistem dualis, di mana mahkamah harus, seboleh mungkin, mentafsirkan peruntukan perlembagaan dan undang-undang selaras dengan kewajipan perjanjian negara. iii. Hujah ketiga: Prinsip Bangalore Untuk Tatalaku Kehakiman telah menyenaraikan nilai dan prinsip yang perlu dipatuhi oleh hakim. Prinsip Banglore ini menimbulkan kecenderungan bagi mahkamah untuk mempertimbangkan norma hak asasi antarabangsa dalam memutuskan kes di mana peruntukan 8 9 Merdeka University Berhad v Government of Malaysia, [1982] 1 LNS 1.   Beatrice At Fernandez v. Sistem Penerbangan Malaysia & Anor, [2005] 2 CLJ 713.   17 

Выберите целевой абзац3