MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA penafian kebebasan atau penyembunyian keadaan atau keberadaan orang yang hilang, yang menjadikan orang tersebut di luar perlindungan undang-undang. • ICPED terbahagi kepada 3 bahagian iaitu bahagian 1 (Artikel 1 - 25) menyenaraikan tanggungjawab negara ahli untuk menjadikan kehilangan paksa satu kesalahan jenayah; menetapkan hukuman untuk pelaku; menyiasat dakwaan kehilangan paksa; menjamin hak untuk melaporkan kes kehilangan paksa; ektradisi; kerjasama antara negara berkaitan kes kehilangan paksa dan hak mangsa kepada kebenaran. Bahagian 2 (Artikel 26 - 36) berkaitan penubuhan Jawatankuasa mengenai Kehilangan Paksa (CED), pelaporan negara ahli dan aduan kepada CED. Bahagian 3 (Artikel 37 - 45) adalah berkaitan ratifikasi, pertikaian penafisaran dan pindaan kepada konvensyen. ix. Konvensyen mengenai Hak Orang Kurang Upaya 2007 (CRPD) • Tujuan konvensyen ini adalah untuk mempromosi, melindungi dan memastikan semua Orang Kurang Upaya menikmati sepenuhnya dan sama rata semua hak asasi manusia dan kebebasan asasi, dan untuk mempromosikan penghormatan terhadap maruah diri mereka. Konvensyen ini mengandungi 50 Artikel. • Artikel 3 menyenaraikan prinsip asas CRPD iaitu menghormati maruah diri, autonomi individu termasuk kebebasan untuk membuat pilihan sendiri, dan kebebasan diri; tiada diskriminasi; penyertaan sepenuhnya dan berkesan dalam masyarakat; menghormati perbezaan dan penerimaan Orang Kurang Upaya sebagai sebahagian daripada kepelbagaian dan kemanusiaan; kesaksamaan peluang; kebolehcapaian; persamaan antara lelaki dan wanita; menghormati perubahan kapasiti kanak-kanak kurang upaya dan menghormati hak kanak-kanak kurang upaya untuk mengekalkan identiti mereka. Artikel 9 - 30 menyenaraikan hak asasi OKU antaranya hak kehidupan; situasi risiko dan kecemasan kemanusiaan; pengiktirafan yang sama di hadapan undang-undang; akses kepada keadilan; kebebasan dan keselamatan individu; perlindungan daripada penyeksaan atau layanan dan hukuman yang kejam, tidak berperikemanusiaan atau menjatuhkan maruah; bebas dari eksploitasi, keganasan dan penderaan; melindungi integriti individu; kebebasan bergerak dan kewarganegaraan; hidup berdikari dan dimasukkan dalam komuniti; mobiliti peribadi; kebebasan bersuara dan pendapat, dan akses kepada maklumat; menghormati privasi; menghormati rumahtangga dan keluarga; pendidikan; kesihatan; pemulihan; pekerjaan; taraf hidup dan perlindungan sosial yang mencukupi; penyertaan dalam kehidupan politik dan awam; penyertaan dalam kehidupan budaya, rekreasi, riadah dan sukan. • Artikel 31 - 50 adalah berkaitan penyimpanan data dan statistik, kerjasama antarabangsa, penubuhan Jawatankuasa berkenaan Hak Orang Kurang Upaya, pelaporan negara ahli, ratifikasi, penafsiran konvensyen dan pentadbirannya. 15 

Выберите целевой абзац3