MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA vii. Konvensyen Antarabangsa Mengenai Perlindungan Hak Semua Pekerja Migran dan Anggota Keluarga Mereka 1990 • Konvensyen ini berusaha untuk menjamin kesamarataan layanan dan persekitaran pekerjaan bagi pekerja-pekerja migran sebagaimana yang dinikmati oleh pekerja tempatan. Ia berdasarkan kepada idea asas bahawa setiap pekerja migran seharusnya mendapat perlindungan yang asasi dalam pekerjaan. Konvensyen ini mengandungi 93 Artikel yang dibahagikan kepada 9 bahagian. • Bahagian 1 (Artikel 1 - 6) menyentuh mengenai skop konvensyen dan definisi antaranya definisi pekerja migran adalah seseorang yang akan terlibat, sedang terlibat atau telah terlibat dalam aktiviti bergaji di negara yang dia bukan warganegara. Bahagian 2 iaitu Artikel 7 menetapkan prinsip tiada diskriminasi dari segi hak asasi untuk pekerja migran dan keluarga mereka. Bahagian 3 (Artikel 8 - 35) menyenaraikan hak asasi semua pekerja migran dan keluarga mereka antaranya hak kepada kehidupan; perlindungan daripada penyeksaan dan perhambaan; kebebasan berfikir dan mempunyai pandangan; perlindungan daripada penahanan arbitrari; hak kepada pendidikan dan untuk mendaftar kelahiran serta kewarganegaraan untuk anak dan akses kepada rawatan kesihatan. Bahagian 4 (Artikel 36 - 56) menyenaraikan hak yang khusus untuk pekerja migran dan keluarga mereka yang berdokumen termasuk hak untuk dimaklumkan tentang syarat-syarat dan keperluan yang perlu mereka penuhi untuk bekerja di negara berkenaan; hak untuk bergerak dan tinggal; hak untuk mengundi bagi negara asal; layanan yang sama rata dengan pekerja tempatan; perlindungan untuk penyatuan keluarga; dan hak memindahkan pendapatan yang diperolehi. Bahagian 5 (Artikel 57 - 63) adalah peruntukan yang terpakai untuk pekerja migran yang khusus, bahagian 6 (Artikel 64 - 71) mempromosikan keadaan yang sihat, adil, berperikemanusiaan dan sah berkaitan dengan migrasi di peringkat antarabangsa oleh pekerja dan anggota keluarga mereka, bahagian 7 (Artikel 72 - 78) berkaitan penubuhan Jawatankuasa Pekerja Migran (CMW) untuk memantau pelaksanaan konvensyen, bahagian 8 (Artikel 79 - 84) berkaitan peruntukan umum dan bahagian 9 (Artikel 85 - 93) berkaitan pentadbiran konvensyen. viii. Konvensyen Antarabangsa untuk Perlindungan Semua Orang dari Kehilangan Paksa 2006 (ICPED) • Konvesyen ini menetapkan tanggungjawab ke atas negara untuk melindungi seseorang daripada diculik atau dipenjarakan secara rahsia oleh negara atau organisasi politik atau oleh pihak ketiga dengan kebenaran, sokongan, atau persetujuan negara atau organisasi politik, diikuti dengan keengganan untuk mengakui nasib dan keberadaan orang itu, dengan tujuan meletakkan mangsa di luar perlindungan undang-undang. Konvensyen ini mengandungi 45 Artikel. • Artikel 2 ICPED menakrifkan ‘kehilangan paksa’ sebagai penangkapan, penahanan, penculikan atau bentuk lain dari penafian kebebasan oleh ejen negara atau oleh individu atau kumpulan orang yang bertindak dengan kebenaran, sokongan atau persetujuan negara, diikuti dengan tidak mengakui 14 

Выберите целевой абзац3