LAPORAN STATUS HAK PENDIDIKAN KANAK-KANAK ORANG ASLI
7.8
Penempatan Guru Besar dan Guru
i.
7.9
Sikap ibu bapa dan murid Orang Asli
i.
ii.
7.10
ii.
Dicadangkan supaya JHEOA dapat mengumpul data dan maklumat
mengenai di mana terdapat anak-anak Orang Asli yang tidak bersekolah.
Maklumat seperti ini akan dapat membantu KPM merancang
kaedah yang sesuai bagi memastikan semua kanak-kanak Orang Asli
bersekolah.
Isu kanak-kanak yang tidak bersekolah langsung akibat tiada kemudahan
adalah satu perkara yang serius. Selain tidak memenuhi peruntukan
Artikel 26 dalam UDHR dan Artikel 28 dalam CRC mengenai hak
mendapat pendidikan, ianya bertentangan dengan dasar mengenai
Pendidikan Wajib untuk semua kanak-kanak terutamanya pendidikan
sekolah rendah.
Satu Agensi Untuk Mengurus Pendidikan Orang Asli
i.
62
Ibu bapa yang masih tidak memberi penekanan terhadap kepentingan
pendidikan anak-anak mereka boleh dibantu untuk mengubah sikap
mereka. Program motivasi yang sedang dilaksanakan oleh JHEOA boleh
ditinjau lagi untuk meningkatkan keberkesanannya.
JHEOA dan KPM dicadangkan untuk melibatkan masyarakat Orang Asli
dalam pembentukan dasar dan peraturan mengenai pembelajaran
anak-anak supaya pandangan dan idea mereka diambilkira. Ini akan
meningkatkan lagi rasa tanggungjawab mereka.
Kanak-Kanak Yang Tidak Dapat Bersekolah
i.
7.11
KPM dan Jabatan Pelajaran Negeri diharap dapat membekalkan
guru-guru berpengalaman dan dedikasi ke sekolah-sekolah di mana
terdapat ramai anak-anak Orang Asli untuk mengurangkan masalah
pembelajaran mereka.
KPM telah menubuhkan unit khas bagi menyelaras isu-isu pendidikan
kaum pribumi di Bahagian Pendidikan Khas. Diharap unit khas ini dapat
membentuk kerjasama yang erat dengan JHEOA untuk memudahkan
penyelarasan dan keberkesanan fungsi unit khas ini. SUHAKAM
bersetuju dengan cadangan yang telah dibangkitkan berkali-kali
oleh masyarakat Orang Asli yang ingin melihat hal-hal pendidikan
dikendalikan oleh satu agensi sahaja.