SUHAKAM
7.6
Keprihatinan Pengetua, Guru Besar dan Guru-Guru
i.
ii.
iii.
7.7
Pihak pengurusan sekolah dan guru-guru di sekolah menengah dan
rendah yang mempunyai murid Orang Asli diharap benar dapat
mengamalkan sikap mesra Orang Asli. Keprihatinan pihak pengurusan
sekolah dan guru-guru akan dapat meningkatkan harga diri dan maruah
anak-anak Orang Asli.
Adalah dicadangkan supaya pihak ibu bapa dan komuniti setempat
dilibatkan seramai dan sekerap mungkin dalam aktiviti dan program
sekolah supaya mereka dapat merasakan bahawa mereka turut
menyumbang kepada pendidikan anak mereka.
Adalah dicadangkan supaya pihak pengurusan dan guruguru berkenaan berusaha untuk memahami adat resam dan budaya
serta latar belakang kaum Orang Asli untuk meningkatkan kesefahaman
dan kemesraan di kalangan mereka.
Pengajaran dan Pembelajaran
i.
ii.
iii.
iv.
v.
KPM mungkin dapat meninjau semula pendekatan yang digunakan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi murid-murid Orang
Asli memandangkan mereka datang dari latar belakang budaya dan
cara hidup yang agak berlainan dari kanak-kanak arus perdana. Punca
kenapa masih ramai murid Orang Asli tidak dapat menguasai kemahiran
3M perlu dikenalpasti.
Tanpa menjejaskan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan, KPM diharap dapat mempertimbangkan penggunaan
bahasa ibunda Orang Asli di mana sesuai dan jika keadaan mengizinkan,
terutama di tahap awal persekolahan untuk memastikan murid tidak
menghadapi masalah komunikasi dan memahami pengajaran guru.
Tetapi, apabila murid-murid ini telah dapat memahami Bahasa Melayu,
pengajaran/pembelajaran hendaklah dilaksanakan sepenuhnya dalam
Bahasa Melayu.
Keberkesanan Kurikulum Bersepadu Murid Orang Asli dan Penan (KAP)
ditingkatkan dari segi pengisian kurikulum, latihan guru dan kesesuaian
bahan bantu mengajar.
KPM boleh menyelitkan pengetahuan kemahiran hidup yang sesuai
dengan keperluan seharian Orang Asli bagi murid yang lemah dan
tidak menguasai kemahiran asas 3M serta berkemungkinan tidak akan
menamatkan pelajaran.
Pihak sekolah harus mengurus Pusat Sumber Sekolah dengan baik
supaya semua bahan seperti komputer, TV, carta, gambar, buku rujukan
dan buku bacaan yang ada boleh diguna dan dimanfaatkan oleh warga
sekolah.
61