LAPORAN STATUS HAK PENDIDIKAN KANAK-KANAK ORANG ASLI ii. 6.1.8 Penempatan Guru Besar dan Guru i. ii. 52 Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) telah menyediakan Kurikulum Bersepadu Murid Orang Asli dan Penan pada tahun 2007. Antara tujuannya adalah untuk menggalakkan murid hadir ke sekolah. Namun, laporan BPK setelah membuat pemantauan pada Julai 2009 menyatakan “kehadiran murid masih belum konsisten seperti yang diharapkan”. Penglibatan ibu bapa perlu digiatkan lagi. Walaupun peruntukan masa pengajaran dan pembelajaran di Tahap 1 hanya ditumpukan kepada kemahiran 3M, masih terdapat murid yang tidak menguasai kemahiran tersebut”. Terdapat kepimpinan sekolah yang kurang komitmen dan motivasi yang ditempatkan di sekolah Orang Asli. Ibu bapa memaklumkan bahawa pihak kepimpinan sekolah kerap tidak berada di sekolah. Sekolah pula mempunyai ramai guru-guru baru yang tidak berpengalaman mengajar dan mengurus sekolah. Akibatnya, banyak berlaku perlanggaran dasar dan ketidakpatuhan kepada arahan-arahan perintah am oleh kepimpinan sekolah dan guru-guru. Contohnya, peralatan dan kelengkapan sekolah banyak yang rosak dan tidak mencukupi seperti kerusi-meja murid, papan tulis, guru masuk lewat, Guru Besar kerap tiada di sekolah dan menu RMT amat berbeza dengan menu yang disediakan oleh KPM. Berdasarkan temubual dengan guru, didapati kebanyakan guru ini adalah guru baru dan belum cukup pengalaman untuk menjadi guru efektif yang berupaya menangani keperluan unik anak-anak Orang Asli. Mereka juga amat kurang pengetahuan dan pengalaman untuk menjalankan kerja-kerja pengurusan dan kepimpinan. Sila rujuk Jadual 17 Data Pengalaman Mengajar Guru.

Выберите целевой абзац3