LAPORAN STATUS HAK PENDIDIKAN KANAK-KANAK ORANG ASLI
ii.
6.1.8
Penempatan Guru Besar dan Guru
i.
ii.
52
Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) telah menyediakan Kurikulum
Bersepadu Murid Orang Asli dan Penan pada tahun 2007. Antara
tujuannya adalah untuk menggalakkan murid hadir ke sekolah.
Namun, laporan BPK setelah membuat pemantauan pada Julai 2009
menyatakan “kehadiran murid masih belum konsisten seperti yang
diharapkan”. Penglibatan ibu bapa perlu digiatkan lagi. Walaupun
peruntukan masa pengajaran dan pembelajaran di Tahap 1 hanya
ditumpukan kepada kemahiran 3M, masih terdapat murid yang tidak
menguasai kemahiran tersebut”.
Terdapat kepimpinan sekolah yang kurang komitmen dan motivasi yang
ditempatkan di sekolah Orang Asli. Ibu bapa memaklumkan bahawa
pihak kepimpinan sekolah kerap tidak berada di sekolah. Sekolah pula
mempunyai ramai guru-guru baru yang tidak berpengalaman mengajar
dan mengurus sekolah. Akibatnya, banyak berlaku perlanggaran
dasar dan ketidakpatuhan kepada arahan-arahan perintah am oleh
kepimpinan sekolah dan guru-guru. Contohnya, peralatan dan
kelengkapan sekolah banyak yang rosak dan tidak mencukupi seperti
kerusi-meja murid, papan tulis, guru masuk lewat, Guru Besar kerap
tiada di sekolah dan menu RMT amat berbeza dengan menu yang
disediakan oleh KPM.
Berdasarkan temubual dengan guru, didapati kebanyakan guru ini
adalah guru baru dan belum cukup pengalaman untuk menjadi guru
efektif yang berupaya menangani keperluan unik anak-anak Orang
Asli. Mereka juga amat kurang pengetahuan dan pengalaman untuk
menjalankan kerja-kerja pengurusan dan kepimpinan. Sila rujuk Jadual
17 Data Pengalaman Mengajar Guru.