SUHAKAM Program Outreach Pendidikan Orang Asli dijalankan oleh SUHAKAM berdasarkan maklumat dan data yang diperolehi daripada JHEOA dan KPM, lawatan-lawatan ke kampung Orang Asli, laporan NGO dan juga perbincangan dengan pihak berkenaan. SUHAKAM mendapati bahawa isu pendidikan seperti keciciran dan bilangan kanak-kanak tidak bersekolah di kalangan kaum Orang Asli tidak menunjukkan banyak perubahan walaupun KPM telah menjadikan pendidikan wajib bagi sekolah rendah. Selain itu, penguasaan kemahiran 3M di kalangan murid ini juga dimaklumkan tidak memberangsangkan. SUHAKAM berpendapat adalah perlu untuk mengetahui secara mendalam punca dan sebab masalah ini serta memberi syor dan cadangan untuk tindakan pihak yang berkenaan. 5.1.4 (a) Objektif Program Outreach SUHAKAM telah mengadakan Program Outreach dengan objektif berikut: i. ii. iii. iv. v. vi. Untuk mendapatkan maklum balas yang terperinci mengenai isu-isu pendidikan kanak-kanak Orang Asli. Untuk meningkatkan kefahaman ibu bapa di kalangan masyarakat Orang Asli mengenai hak kanak-kanak terhadap pendidikan. Untuk meningkatkan kesedaran ibu bapa masyarakat Orang Asli agar memastikan anak mereka tidak tercicir dari persekolahan. Untuk mendapat input serta pandangan daripada ibu bapa Orang Asli tentang corak pendidikan yang sesuai untuk anak mereka serta selaras dengan latar belakang budaya dan cara hidup Orang Asli. Input serta pandangan ini dapat dikaji serta diterima pakai oleh agensi Kerajaan yang relevan bagi memperbaiki mutu pendidikan untuk kanak-kanak Orang Asli di sekolah. Untuk bekerjasama dengan agensi kerajaan seperti Kementerian Pelajaran, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli dan Jabatan Pendaftaran Negara dalam menangani isu pendidikan 5.1.4 (b) Peserta: Dalam Program Outreach ini SUHAKAM telah menjemput beberapa orang yang terdiri daripada peserta seperti senarai di bawah: i. ii. iii. iv. v. Ibu bapa Remaja (bersekolah atau tidak bersekolah) Kanak-Kanak (4 tahun – 12 tahun satu kumpulan, 13-18 tahun satu kumpulan) Kaum wanita Ketua Kampung, Tok Batin dan komuniti setempat 41

Выберите целевой абзац3