SUHAKAM
Program Outreach Pendidikan Orang Asli dijalankan oleh SUHAKAM
berdasarkan maklumat dan data yang diperolehi daripada JHEOA dan KPM,
lawatan-lawatan ke kampung Orang Asli, laporan NGO dan juga perbincangan
dengan pihak berkenaan. SUHAKAM mendapati bahawa isu pendidikan seperti
keciciran dan bilangan kanak-kanak tidak bersekolah di kalangan kaum Orang
Asli tidak menunjukkan banyak perubahan walaupun KPM telah menjadikan
pendidikan wajib bagi sekolah rendah. Selain itu, penguasaan kemahiran 3M
di kalangan murid ini juga dimaklumkan tidak memberangsangkan. SUHAKAM
berpendapat adalah perlu untuk mengetahui secara mendalam punca dan
sebab masalah ini serta memberi syor dan cadangan untuk tindakan pihak
yang berkenaan.
5.1.4 (a) Objektif Program Outreach
SUHAKAM telah mengadakan Program Outreach dengan objektif berikut:
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
Untuk mendapatkan maklum balas yang terperinci mengenai isu-isu
pendidikan kanak-kanak Orang Asli.
Untuk meningkatkan kefahaman ibu bapa di kalangan masyarakat
Orang Asli mengenai hak kanak-kanak terhadap pendidikan.
Untuk meningkatkan kesedaran ibu bapa masyarakat Orang Asli agar
memastikan anak mereka tidak tercicir dari persekolahan.
Untuk mendapat input serta pandangan daripada ibu bapa Orang Asli
tentang corak pendidikan yang sesuai untuk anak mereka serta selaras
dengan latar belakang budaya dan cara hidup Orang Asli.
Input serta pandangan ini dapat dikaji serta diterima pakai oleh agensi
Kerajaan yang relevan bagi memperbaiki mutu pendidikan untuk
kanak-kanak Orang Asli di sekolah.
Untuk bekerjasama dengan agensi kerajaan seperti Kementerian
Pelajaran, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli dan Jabatan Pendaftaran
Negara dalam menangani isu pendidikan
5.1.4 (b) Peserta:
Dalam Program Outreach ini SUHAKAM telah menjemput beberapa orang yang
terdiri daripada peserta seperti senarai di bawah:
i.
ii.
iii.
iv.
v.
Ibu bapa
Remaja (bersekolah atau tidak bersekolah)
Kanak-Kanak (4 tahun – 12 tahun satu kumpulan, 13-18 tahun satu
kumpulan)
Kaum wanita
Ketua Kampung, Tok Batin dan komuniti setempat
41