LAPORAN STATUS HAK PENDIDIKAN KANAK-KANAK ORANG ASLI
7.3
Bantuan Peralatan dan Kelengkapan Persekolahan
i.
ii.
iii.
7.4
Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
i.
7.5
Makanan yang diberikan hendaklah menepati menu yang disediakan
oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, berkhasiat dan bersih.
Bantuan Kewangan JHEOA dan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin
(KWAPM)
i.
ii.
iii.
60
JHEOA dan KPM boleh bekerjasama dalam menilai semula sistem
pemantauan pengurusan bantuan dari aspek kualiti, kuantiti dan
piawaian bahan ke daerah pedalaman dan terpencil supaya tidak
berlaku penyimpangan dari dasar-dasar yang telah ditetapkan.
Contohnya, pengurusan kewangan dan pembelian peralatan dan
kelengkapan sekolah seperti kerusi-meja dalam kelas, bahan bantu
mengajar seperti buku rujukan guru, buku di bilik sumber sekolah,
kualiti makanan RMT dan juga makanan tengahari murid sekolah
harian, pengangkutan murid ke sekolah dan kelewatan pembaikan
peralatan ICT.
KPM boleh memantau sama ada kelengkapan fizikal sekolah-sekolah
pedalaman dan terpencil adalah mencukupi dan berfungsi supaya guru
dan murid selesa menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
KPM juga dicadangkan melihat semula kemudahan asas dan penginapan
guru supaya mereka rasa selesa dan selamat untuk bertugas di daerah
pedalaman dan terpencil.
Jabatan Pelajaran Negeri perlu mengambil langkah sewajarnya
bagi memastikan bahawa tidak
berlaku pencairan maklumat
kepada pegawai pelajaran daerah, pengetua, guru besar dan
guru-guru, khasnya di sekolah yang ada murid Orang Asli dan juga
sekolah pedalaman. SUHAKAM mendapati terdapat pelbagai tafsiran
tentang peraturan dan kelayakan pemberian KWAPM, biasiswa kecil,
bantuan pakaian dan peralatan persekolahan, bantuan kewangan dari
JHEOA, pemberian RMT dan insuran Takaful.
Ibu bapa murid dan masyarakat setempat hendaklah dimaklumkan
mengenai bentuk dan kaedah bantuan yang diberikan kepada murid
Orang Asli supaya tidak berlaku salah faham dan syak wasangka
terhadap KPM dan JHEOA.
Bantuan ini seeloknya disampaikan pada waktu yang telah ditetapkan.
Sebarang kelewatan akan menyulitkan proses pembelajaran.