SUHAKAM 7. SYOR SUHAKAM Pengenalan Berikut adalah syor SUHAKAM berdasarkan maklumat yang diperolehi dari perbincangan semasa bengkel, temu bual bersama masyarakat Orang Asli, agensi Kerajaan dan para fasilitator serta maklumat dari lawatan-lawatan ke kampung, seminar dan perbincangan meja bulat (yang telah dibentangkan dalam Bab 6). 7.1 Pengangkutan i. ii. iii. 7.2 JHEOA dicadangkan dapat berusaha untuk menyelesaikan masalah pengangkutan di kawasan yang terlibat dari segi menyediakan jalan, kualiti kenderaan yang disediakan, kekerapan kebolehgunaan pengangkutan, keselesaan dan keselamatan penggunaan pengangkutan dan ketepatan masa. Ini bertujuan supaya isu pengangkutan tidak lagi menjadi masalah berpanjangan dan berlarutan sehingga memberi implikasi yang serius dalam mengatasi masalah kehadiran murid ke sekolah. JHEOA juga disyorkan supaya mewujudkan unit pengangkutan di Jabatan sendiri memandangkan isu ini adalah antara punca ramai kanak-kanak tidak hadir ke sekolah. Dengan tertubuhnya unit ini, JHEOA akan lebih mudah memantau dan menguruskan pengangkutan khasnya untuk murid Orang Asli di pedalaman. Sebagai satu langkah untuk mengatasi masalah pengangkutan, SUHAKAM mengesyorkan agar KPM menyediakan lebih banyak sekolah yang berkonsepkan K9 seperti di SK Bandar Baru 2 Paloh Hinai, Pekan, Pahang atau Projek Sekolah Baling di mana murid-murid akan bersekolah di sekolah yang sama dari Tahun 1 hingga Tingkatan 3. Pemerolehan Dokumen Sijil Kelahiran dan Kad Pengenalan i. JHEOA dicadangkan supaya menjalankan lebih banyak ’ Operasi Sijil Kelahiran dan Kad Pengenalan’ seperti yang dijalankan di Gua Musang, Kelantan dan Grik, Perak. Operasi tersebut berjaya mengurangkan kanak-kanak Orang Asli yang tidak mempunyai sijil kelahiran dan kad pengenalan. 59

Выберите целевой абзац3