92. W21 juga menyatakan bahawa walaupun beliau telah melihat tanda nama HTS tetapi beliau diarahkan oleh ASP Karthik Karthikeyan a/l Wassu (W30) untuk meneruskan tembakan meriam air di kawasan berkenaan untuk meleraikan peserta perhimpunan. 93. W30 menafikan bahawa beliau memberi arahan kepada W21 untuk meneruskan tembakan meriam air dan menyatakan bahawa beliau hanyalah pegawai yang diarahkan untuk melaporkan sebarang kejadian di kawasan Jalan Pudu. 94. W21 menyatakan bahawa setelah membuat penilaian bahawa sekiranya pesertapeserta perhimpunan tidak disuraikan, peserta akan berhimpun semula dan keadaan mungkin akan menjadi tidak terkawal. W21 telah mengarahkan supaya tembakan meriam air yang dicampur dengan gas pemedih mata digunakan pada jam 3.13 petang selepas arahan untuk bersurai diberikan sebanyak tiga (3) kali dan W21 berpendapat bahawa arahan tersebut telah diberikan secara terang dan jelas. 95. W21 mengatakan bahawa tembakan menggunakan meriam air sememangnya memasuki kawasan HTS tetapi tembakan tersebut tidak disengajakan berdasarkan beberapa faktor: i. Peserta lari memasuki HTS ii. W21 tidak mengetahui terdapat hospital di kawasan berkenaan iii. Kenderaan meriam air adalah uzur dan lapisan plastik di cermin kenderaan yang lama menyukarkan pegawai-pegawai yang membuat penilaian melihat keadaan sebenar di luar kenderaan. 96. Inspektor Norhisham bin Razali (W17) merupakan pegawai pengawal di dalam kenderaan meriam air turut mengakui bahawa tembakan meriam air memasuki kawasan perkarangan HTS tetapi tidak kena bangunan HTS yang menempatkan pesakit-pesakit. W17 menyatakan bahawa sebaik sahaja beliau menyedari kewujudan HTS, beliau telah memberi arahan supaya tembakan meriam air 22

Выберите целевой абзац3