memberitahu Panel bagaimana kecederaan itu terjadi dan pelaku yang
menyebabkan kecederaan tersebut. Panel mengambil maklum kecederaan
tersebut terjadi semasa tangkapan dibuat.
61.
W28 telah menyatakan bahawa W27 mengalami patah di tulang muka sebelah
kiri. Tulang tersebut telah pecah dan berkecai. Panel juga mengambil maklum
pendapat pakar W28 bahawa kuasa yang menyebabkan kecederaan itu cukup
kuat untuk menyebabkan kecederaan yang lebih serius sekiranya mengenai
bahagian yang lebih lembut dan tidak dilindungi oleh tulang.
62.
Panel tidak dapat membuat kesimpulan samada pihak PDRM telah menggunakan
kekerasan yang melampau semasa melakukan tangkapan dan menyebabkan
kecederaan terhadap W4 dan W11.
63.
Panel berpendapat bahawa terdapat kemungkinan besar bahawa kecederaan
pada W27 adalah disebabkan terkena kelongsong gas pemedih mata yang
ditembak oleh PDRM di kawasan KL Sentral.
64.
Panel mengambil maklum bahawa arahan W25 adalah untuk melakukan
tembakan ke arah bawah tetapi melalui rakaman video yang dibekalkan kepada
kepada Panel menunjukkan terdapat seorang anggota melepaskan tembakan
gas pemedih mata ke arah yang berlainan dengan arahan yang diberikan oleh
W25.
SYOR-SYOR
Kebebasan Berhimpun dan Menyuarakan Pendapat
65.
Peserta-peserta haruslah diberikan ruang untuk berhimpun secara aman dan
menyuarakan pendapat mereka.
66.
Panel menyedari tugas PDRM untuk menjaga keselamatan negara tetapi segala
aktiviti pihak berkuasa haruslah mengambil kira hak-hak individu dan memastikan
16