dalam negara. Pendapat yang sama juga terkandung di dalam satu artikel yang dimuatkan di Utusan Malaysia bertarikh 22 Jun 2011 di mana individu-individu yang ditemubual mengatakan bahawa mereka mewakili masyarakat umum dan berpendapat bahawa perhimpunan BERSIH 2.0 akan menimbulkan huru-hara dan sekaligus menimbulkan ancaman terhadap keselamatan negara. 31. Selain itu, terdapat usaha dari pelbagai pihak untuk menafikan W26 dari menyuarakan pendapat beliau. Usaha-usaha ini, antara lain telah mencerminkan W26 sebagai seorang rakyat yang tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara. Panel ingin menarik perhatian kepada artikel yang telah diserahkan oleh W26 kepada panel seperti yang disiarkan oleh Berita Minggu pada 26 Jun 2011 di mana artikel ini, antara lain mengatakan bahawa sebagai seorang peguam, W26 seharusnya mengetahui peruntukan undang-undang dan tindakan W26 untuk menganjurkan perhimpunan BERSIH 2.0 adalah secara terangterangan dengan sengaja melanggar undang-undang berkaitan perhimpunan. 32. Panel juga berpendapat, penyiaran butiran peribadi yang dikatakan oleh W26 mungkin akan menimbulkan isu keselamatan kepada W26 sendiri dan keluarga beliau. 33. Begitu juga liputan media tidak dibuat secara menyeluruh di mana isu-isu dan intipati pergerakan BERSIH 2.0 tidak disiarkan secara neutral dan seimbang. Kebanyakan dari berita yang dilaporkan hanya berpihak kepada satu pihak dan tidak memberi maklumat yang menyeluruh kepada masyarakat. Panel berpendapat bahawa telah berlaku ketidak seimbangan penyiaran berita dan juga penilaian yang sewajarnya terhadap isu-isu yang berkaitan dengan perhimpunan BERSIH 2.0. 10

Выберите целевой абзац3