MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA dengan pentadbiran keadilan, perlindungan hak untuk hidup, kebebasan dan keselamatan individu, tanggungjawab mereka untuk menjaga keselamatan awam dan keamanan sosial dan kepentingan kelayakan, latihan dan tatalaku mereka, Prinsip-prinsip asas yang dinyatakan di bawah, yang telah dirumuskan untuk membantu Negara-negara Anggota dalam menjalankan tugasnya memastikan dan mempromosikan peranan sebenar pegawai penguatkuasa, harus diambilkira dan dihormati oleh Kerajaan dalam kerangka perundangan dan amalan negara tersebut, dan dibawa kepada perhatian pegawai penguatkuasa undang-undang serta pihak lain, seperti hakim, pendakwa, peguam, anggota eksekutif dan badan perundangan, serta orang ramai. Peruntukan am 1. Kerajaan dan agensi penguatkuasaan undang-undang harus menerima pakai dan melaksana peraturan dan undang-undang mengenai penggunaan kekerasan dan senjata api terhadap individu oleh pegawai penguatkuasa undang-undang. Dalam membangunkan peraturan dan undang-undang tersebut, Kerajaan dan agensi penguatkuasaan hendaklah menjadikan isu etika berkaitan penggunaan kekerasan dan senjata api dikaji dari semasa ke semasa 2. Kerajaan dan agensi penguatkuasaan undang-undang hendaklah membangunkan pelbagai kaedah yang seluas mungkin dan melengkapkan pegawai penguatkuasa dengan pelbagai jenis senjata dan peluru yang membolehkan penggunaan kekerasan dan senjata api yang pelbagai. Ini hendaklah merangkumi pembangunan senjata yang melemahkan dan tidak membahayakan nyawa untuk digunakan dalam situasi yang sesuai, dengan tujuan untuk mengurangkan penggunaan kaedah yang boleh menyebabkan kematian atau kecederaan pada orang. Bagi tujuan yang sama, pegawai penguatkuasa undang-undang hendaklah dilengkapi dengan peralatan pertahanan diri seperti perisai, topi keledar, jaket kalis peluru dan kenderaan kalis peluru untuk mengurangkan keperluan menggunakan senjata dalam bentuk apa pun. 3. Pembangunan dan pengedaran senjata yang melemahkan dan tidak membahayakan nyawa seharusnya dinilai dengan teliti agar dapat meminimakan risiko membahayakan individu yang tidak terlibat, dan penggunaan senjata tersebut harus dikawal dengan rapi. 4. Pegawai penguatkuasa undang-undang, seboleh mungkin, dalam menjalankan tugas mereka hendaklah menggunakan kaedah tanpa kekerasan sebelum menggunakan kekerasan dan senjata api. Mereka boleh menggunakan kekerasan dan senjata api hanya apabila kaedah lain masih tidak berkesan atau tidak menunjukkan hasil yang diharapkan akan dapat dicapai. 5. Apabila penggunaan kekerasan dan senjata api yang sah tidak dapat dielakkan, pegawai penguatkuasa undang-undang hendaklah: (a) Mengawal penggunaan tersebut dan bertindak berkadaran dengan tahap keseriusan kesalahan dan objektif yang sah yang hendak dicapai; (b) Meminimakan kerosakan dan kecederaan, serta menghormati dan memelihara nyawa manusia; 120 

Select target paragraph3

Connect to a paragraph
Connect to an entity
Disable highlights
Add to table of contents