MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA Prinsip-Prinsip Asas Penggunaan Kekerasan dan Senjata Api oleh Pegawai Penguatkuasa Undang-Undang Diterimapakai oleh Kongres Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang Kelapan mengenai Pencegahan Jenayah dan Layanan Terhadap Pesalah, Havana, Cuba, 27 Ogos hingga 7 September 1990. Mengambilkira pekerjaan pegawai penguatkuasa undang-undang adalah perkhidmatan kepada masyarakat yang sangat penting dan dengan itu terdapat keperluan untuk mengekalkan serta, untuk memperbaiki keadaan dan status kerja pegawai-pegawai ini bila perlu, Mengambilkira ancaman terhadap nyawa dan keselamatan pegawai penguatkuasa undang-undang harus dilihat sebagai ancaman terhadap kestabilan masyarakat secara keseluruhan, Mengambilkira pegawai penguatkuasa memikul peranan penting dalam melindungi hak kepada kehidupan, kebebasan dan keselamatan individu, seperti yang dijamin di bawah Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat dan ditegaskan semula di bawah Kovenan Antarabangsa mengenai Hak Sivil dan Politik, Mengambilkira Peraturan Piawaian Minima untuk Layanan Terhadap Tahanan menetapkan keadaan di mana pegawai penjara boleh menggunakan kekerasan dalam menjalankan tugas mereka, Mengambilkira Artikel 3 Kod Tatakelakuan untuk Pegawai Penguatkuasa Undang-Undang menetapkan bahawa pegawai penguatkuasa undang-undang boleh menggunakan kekerasan hanya apabila diperlukan dan setakat yang diperlukan untuk pelaksanaan tugas mereka, Mengambilkira mesyuarat persediaan untuk Kongres Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Ketujuh mengenai Pencegahan Jenayah dan Layanan Terhadap Pesalah, yang diadakan di Varenna, Itali, telah bersetuju dengan elemen-elemen yang harus dipertimbangkan dalam usaha untuk mengekang penggunaan kekerasan dan senjata api oleh pegawai penguatkuasa undang-undang, Mengambilkira Kongres Ketujuh, dalam resolusi 14, antara lain, menekankan bahawa penggunaan kekerasan dan senjata api oleh pegawai penguatkuasa harus setimpal dengan penghormatan terhadap hak asasi manusia, Mengambilkira Majlis Ekonomi dan Sosial, dalam resolusi 1986/10, bahagian IX, 21 Mei 1986, mengundang negara-negara anggota untuk memberikan perhatian khusus dalam pelaksanaan Kod mengenai penggunaan kekerasan dan senjata api oleh pegawai penguatkuasa undang-undang, dan Perhimpunan Agung, dalam resolusi 41/149 pada 4 Disember 1986, antara lain, menyambut baik cadangan yang dibuat oleh Majlis ini, Mengambilkira adalah wajar, berkaitan dengan keselamatan diri mereka, pertimbangan diberikan kepada peranan pegawai penguatkuasa undang-undang yang berkaitan 119 

Select target paragraph3

Connect to a paragraph
Connect to an entity
Disable highlights
Add to table of contents