MODUL HAK ASASI MANUSIA
UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA
iii.
iv.
v.
vi.
peguam suspek;
Ketua Polis Daerah;
wakil kesatuan polis mewakili pegawai yang enggan mengikut perintah KPD;
NGO hak asasi manusia.
d. Seorang wakil akan dilantik dalam kumpulan.Wakil memainkan watak dalam
perbincangan. Ahli kumpulan lain membantu wakil mereka dalam menyediakan hujah
mengikut peranan dalam perbincangan.
e. Tenaga pengajar mengulas berkenaan lakonan tersebut berdasarkan prinsip UNCAT.
f.
Bincangkan lakonan dan langkah pencegahan penyeksaan dalam situasi tersebut.
g. Ringkaskan perkara-perkara utama berdasarkan kepada nota rujukan tenaga pengajar
jika perlu.
Situasi 1: Kes penculikan
Seseorang yang tidak dapat dikenal pasti telah menculik seorang kanak-kanak lelaki berusia
enam tahun dan menuntut wang tebusan yang besar. Polis melancarkan siasatan segera
dan kes ini mendapat perhatian ramai kerana ia melibatkan kanak-kanak dan kanakkanak tersebut menghidapi asma. Kanak-kanak berkenaan memerlukan ubatnya segera
dan mungkin membahayakan nyawanya sekiranya tidak mendapat ubat tersebut. Ketua
Polis Daerah (KPD) dan pasukannya telah menangkap seorang lelaki yang dilihat bersama
kanak-kanak itu sebelum dia hilang. Didapati bahawa suspek mempunyai pertelingkahan
perniagaan dengan bapa kanak-kanak tersebut. Namun, ketika disoal siasat, dia menafikan
ada kaitan dengan penculikan itu. KPD bimbang akan keselamatan kanak-kanak itu dan
memandangkan kekangan masa dan maklumat, dia mengarahkan supaya suspek diseksa
jika dia terus enggan mendedahkan di mana dia menyembunyikan kanak-kanak tersebut.
Dia berpendapat bahawa kaedah ini dibenarkan dalam keadaan sebegini. Seorang
pegawai polis enggan melaksanakan perintah tersebut kerana berpandangan ia tidak sah
dan beretika.
Soalan untuk mempersiapkan perbincangan meja bulat:
i. Bagaimana perasaan anda dalam situasi ini sebagai ................?
ii. Apa pandangan anda mengenai tindakan yang diambil oleh pihak polis yang terlibat
(Ketua Polis Daerah dan pegawai polis) dalam situasi ini?
iii. Adakah wajar mengancam suspek dengan penyeksaan dalam keadaan tersebut?
Mengapa atau mengapa tidak?
iv. Bagaimana anda akan bertindak dalam situasi ini .................?
v. Bagaimana anda mengharapkan polis bertindak dalam situasi ini?
97
Select target paragraph3
Connect to a paragraph
Connect to an entity
Disable highlights
Add to table of contents