MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA
viii. Aduan yang dibuat terhadap salah laku pegawai polis tidak diambil tindakan;
ix. Kemahiran komunikasi yang kurang di kalangan pegawai polis dan / atau di
pihak ‘lain’.
Berdasarkan kajian tersebut, salah laku polis boleh dicegah melalui keadaan berikut:
i. Interaksi yang baik antara satu unit dengan unit yang lain dalam pasukan polis.
ii. Akses komunikasi yang baik antara pengurusan tertinggi dengan pegawai
dan anggota polis.
iii. Persekitaran kerja yang pelbagai.
iv. Pengurusan mengiktiraf pegawai polis yang berdedikasi dan menjadi contoh
kepada masyarakat.
v. Kesedaran pegawai polis berkaitan hak asasi manusia dan maruah diri
manusia.
vi. Hubungan baik pasukan polis dengan masyarakat awam yang berbeza,
termasuk kumpulan minoriti.
vii. Tidak terlalu mengutamakan kepentingan kumpulan sendiri semata-mata.
viii. Kepelbagaian komposisi (umur, jantina, etnik, asal) pasukan polis.
ix. Khidmat kaunseling dan sokongan psiko-sosial disediakan setelah menjalankan
operasi sukar dan untuk jangka masa panjang.
Soalan Perbincangan
1. Berdasarkan pernyataan di atas, bincangkan faktor yang mendorong berlakunya
penggunaan kekasaran melampau atau penyeksaan oleh pihak polis?
2. Sekiranya anda ditugaskan oleh kerajaan untuk mengemukakan syor bagi
mengatasi isu penyeksaan yang berlaku dalam siasatan polis, apakah syor yang
akan dikemukakan dengan mengambilkira faktor yang telah dikenalpasti?
Aktiviti 2: “Role Play” dan Kajian Kes
Tujuan:
Aktiviti ini bertujuan meneliti situasi keadaan-keadaan di mana penyeksaan berlaku dan
langkah pencegahan.
Bahan: Kajian kes
Tempoh masa: 30 Minit
Kaedah pelaksanaan
a. Peserta setiap kumpulan boleh memilih salah satu dari 3 situasi kes dan membincangkan
menerusi perbincangan meja bulat.
b. Bahagikan peserta kepada enam kumpulan.
c. Kes penculikan: Setiap kumpulan mengambil satu peranan seperti berikut:
i. bapa mangsa;
ii. ibu suspek;
96
Select target paragraph3
Connect to a paragraph
Connect to an entity
Disable highlights
Add to table of contents