LAPORAN STATUS HAK PENDIDIKAN KANAK-KANAK ORANG ASLI
3.2
Pemerolehan Dokumen Sijil Kelahiran dan Kad Pengenalan
Pemerolehan sijil kelahiran dan kad pengenalan adalah salah satu isu yang
lama dan sehingga kini belum ada penyelesaiannya. Ia menjadi antara punca
utama kanak-kanak Orang Asli tidak bersekolah dan menyambung pelajaran
mereka.
3.3
Bantuan Peralatan dan Kelengkapan Persekolahan
Infrastruktur yang disediakan kerapkali tidak mencukupi dan tidak berkualiti.
Selain daripada itu, peralatan dan bantuan kerap tidak sampai pada
waktunya.
3.4
Rancangan Makan Tambahan (RMT)
Program ini adalah satu program untuk membantu kanak-kanak dari keluarga
yang miskin untuk hadir ke sekolah. Namun, kualiti makanan yang disediakan
kerapkali didapati tidak memuaskan dan menepati menu yang disediakan.
Selain daripada itu juga, cara pengagihan RMT ini kepada murid Orang Asli
kerap dipersoalkan oleh ibu bapa mereka.
3.5
Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM)
SUHAKAM mendapati ada pelbagai interpretasi berhubung cara pengagihan
wang KWAPM ini oleh guru-guru sekolah sehingga menimbulkan rungutan
dan syak wasangka oleh ibu bapa kerana tidak ada keseragaman dalam
prosedur dan kaedah memberi bantuan wang ini.
3.6 Keprihatinan Pengetua, Guru Besar dan Guru-Guru
Ramai ibu bapa dan murid Orang Asli menyatakan bahawa terdapat pihak
pentadbir sekolah dan guru tidak prihatin tentang kehadiran mereka di sekolah
mahupun dalam kelas, khasnya di sekolah menengah. Mereka mengatakan
terdapat segelintir pihak pentadbir dan guru yang mengeluarkan kata-kata
dan tindak-tanduk yang membuatkan murid Orang Asli merasa terpinggir,
terhina dan rendah diri. Sekolah yang ditadbirurus oleh Pengetua, Guru Besar
dan guru-guru seperti ini memberi kesan kepada kehadiran murid Orang
Asli.
3.7
ii
Pengajaran dan Pembelajaran
SUHAKAM mendapati masih terdapat jurang pencapaian antara kanak-kanak
arus perdana dengan kanak-kanak Orang Asli dalam penguasaan kemahiran
membaca, menulis dan mengira. SUHAKAM dimaklumkan bahawa muridmurid Orang Asli khasnya dari kawasan pedalaman menghadapi kesukaran
memahami bahasa Melayu. Selain daripada itu, kurikulum yang sedia ada
tidak mengambil kira perbezaan latar belakang kanak-kanak ini.