SUHAKAM 4.0 3.8 Penempatan Guru Besar dan Guru-Guru Terdapat pimpinan sekolah yang kurang komitmen dan motivasi ditempatkan di sekolah Orang Asli. Ibu bapa memaklumkan bahawa pihak pimpinan sekolah seringkali tiada di sekolah. Sekolah pula mempunyai ramai guru-guru baru yang tidak berpengalaman mengajar dan mengurus sekolah. Akibatnya, banyak berlaku perlanggaran dasar dan ketidakpatuhan kepada arahanarahan perintah am oleh kepimpinan sekolah dan guru-guru. 3.9 Sikap Ibu Bapa dan Murid Orang Asli Ada di kalangan ibu bapa Orang Asli yang tidak memberi penekanan kepada pendidikan anak-anak mereka walaupun pelbagai usaha telah dijalankan oleh pelbagai jenis agensi kerajaan dan NGO. Terdapat ibu bapa yang mempunyai mentaliti subsidi yang tinggi sehinggakan kesemua perbelanjaan persekolahan anak mereka perlu ditanggung oleh kerajaan termasuk makan dan minum anak-anak mereka. 3.10 Kanak-Kanak Yang Tidak Dapat Bersekolah SUHAKAM mendapati tidak ada satu agensi pun yang mengumpul data mengenai kanak-kanak Orang Asli yang tidak dapat bersekolah atau yang tidak bersekolah. Oleh itu, tiada perancangan yang dibuat oleh mana-mana agensi untuk mengatasi isu kanak-kanak yang tidak dapat bersekolah atau yang tidak bersekolah khasnya di peringkat sekolah rendah. 3.11 Satu Agensi Untuk Mengurus Pendidikan Orang Asli Peserta bengkel kerap kali mencadangkan supaya urusan pendidikan anakanak mereka diuruskan oleh satu agensi sahaja kerana terdapat pelbagai masalah apabila ianya diuruskan oleh beberapa agensi. Antara masalah yang sering berlaku ialah percanggahan maklumat, kecelaruan mengenalpasti punca sumber maklumat dan bantuan, mengenalpasti tempat untuk mengadu dan mendapatkan maklumat lanjut mengenai sesuatu isu. SYOR SUHAKAM 4.1 Pengangkutan i. SUHAKAM mencadangkan supaya JHEOA berusaha menyelesaikan masalah pengangkutan di kawasan yang terlibat; ii. SUHAKAM mencadangkan supaya JHEOA mewujudkan unit pengangkutannya sendiri; dan iii. SUHAKAM mencadangkan supaya disediakan jalan penghubung untuk memudahkan pengangkutan di kawasan terpencil. iii

Select target paragraph3