SUHAKAM 6.1.7 Pengajaran dan Pembelajaran i. Murid dan bekas murid dari ketiga-tiga daerah mengatakan bahawa : • • • • • • • • • • Cara guru mengajar kerap kali membosankan dan tidak berjaya menarik perhatian murid. Isi kandungan pelajaran sukar difahami kerana banyak perkara baru yang mereka tidak tahu. Tidak dapat memahami pengajaran guru kerana masalah bahasa (Bahasa Melayu adalah bahasa kedua bagi kanakkanak ini). Guru tidak ada di sekolah kerana urusan-urusan di luar sekolah. Bahan bantuan mengajar tidak mencukupi kerana kurang bahan dibekalkan atau kurang dijaga dengan baik sehingga tidak sesuai lagi untuk digunakan. Bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran kurang sesuai dengan latar belakang, kebolehan dan keperluan murid khasnya di sekolah pendalaman. Pusat Sumber Sekolah (PSS) kurang mempunyai buku bacaan, buku rujukan murid dan guru dan alat bantu mengajar yang tidak sesuai, tidak berfungsi serta tidak mencukupi utuk kegunaan murid. PSS tidak dimanfaatkan dengan berkesan dari segi susun atur bahan, kekerapan penggunan bahan dan sumber serta tiada perancangan untuk penambahbaikan pengurusan dan penggunaan PSS. Guru kurang pengalaman dan kemahiran untuk mengajar murid Orang Asli yang mempunyai keperluan unik bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. Guru tidak boleh bertutur dalam bahasa Orang Asli untuk memudahkan komunikasi dua hala dan komunikasi berkesan khasnya untuk murid Tahap 1. Sebilangan besar murid Orang Asli di Tahap 1 menyatakan mereka tidak boleh mengikuti pengajaran guru kerana mereka tidak faham Bahasa Melayu. Ini mungkin ada kebenarannya kerana di SK Sungai Tiang, SUHAKAM telah membuat ujian tahap pencapaian kebolehan membaca dan menulis (2M) ke atas 40 orang murid sekolah yang dipilih secara rawak. (Sila rujuk Lampiran 4 dan Lampiran 5). Murid suka belajar dengan guru yang boleh bertutur dalam bahasa mereka. Pengajaran guru terlalu terikat dengan sukatan pelajaran dan peperiksaan awam. 51

Select target paragraph3