LAPORAN STATUS HAK PENDIDIKAN KANAK-KANAK ORANG ASLI Jadual 16: Data Sijil Kelahiran dan Kad Pengenalan dalam Program Outreach Hak Pendidikan Orang Asli 2008 Tempat Bil. Hadir Bil. Tiada KP/ Sijil Kelahiran Bil. Selesai Kuala Gandah, Lanchang, Pahang 230 orang 76 orang Kuala Betis, Gua Musang, Kelantan 530 orang 50 tiada KP 26 tiada Sijil Kelahiran 76 dalam proses untuk diselesaikan Sungai Tiang, Gerik, Perak 350 orang 40 orang 26 sijil kelahiran 6 sijil kelahiran 8 KP dalam proses 6.1.3 48 Belum Selesai 76 orang Bantuan Peralatan dan Kelengkapan Persekolahan i. Masyarakat Orang Asli khususnya di daerah pedalaman memaklumkan bahawa bantuan kelengkapan persekolahan kerap kali lewat dihantar dan difahamkan ada kalanya bantuan ini belum diterima sehingga akhir tahun. Terdapat pakaian uniform yang diterima tidak mengikut saiz murid ii. sehingga didapati tidak selesa dan sesuai digunakan. Sekolah Kebangsaan Kuala Betis mengatasi masalah ini dengan iii. menyediakan dahulu kelengkapan sekolah dan yuran sekolah dengan menggunakan wang sekolah. Pihak sekolah memotong wang KWAPM bagi mereka yang telah membeli melalui sekolah. Walaubagaimanapun, ini menimbulkan masalah apabila pihak ibu bapa mempersoalkan jumlah wang KWAPM yang mereka terima berbeza dengan jumlah yang sepatutnya mereka terima. Masih terdapat sekolah yang lewat menerima bantuan kewangan yang iv. disalurkan oleh KPM seperti bantuan wang pelaksanaan Kurikulum KAP. Dimaklumkan bahawa negeri Johor, Kelantan, Pahang dan Selangor adalah di antara negeri yang lewat menghantar bantuan kewangan KAP dan pakaian ko-kurikulum dan bantuan pakaian ko-kurikulum. Kemudahan infrastruktur asas seperti air bersih, bekalan elektrik 24 v. jam, kelengkapan dalam bilik darjah (papan tulis, kerusi meja, perabot, komputer yang berfungsi) kebanyakan adalah dalam keadaan daif atau tidak mencukupi untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang kondusif.

Select target paragraph3