SUHAKAM Jadual 15: Data Bilangan Murid Orang Asli Yang Belum Mempunyai Sijil Kelahiran di Sekolah Murid Orang Asli Bagi Tahun 2007 BIL NEGERI MURID BILANGAN TIADA SIJIL PERATUS TIADA SIJIL KELAHIRAN KELAHIRAN 1 PERAK (26/28 sekolah) 4,896 200 4.08 2 PAHANG 6,046 617 10.20 3 JOHOR 791 47 5.94 4 SELANGOR 1,545 93 6.01 5 KELANTAN 2,656 747 26.89 6 NEGERI SEMBILAN 630 112 17.77 7 TERENGGANU 151 42 27.81 JUMLAH iii. iv. v. vi. 16,715 1,858 Sumber: Jabatan Pendidikan Khas, KPM Tahun 2007 11.11 Di Kuala Gandah, Pahang masih terdapat lebih kurang 76 orang ibu bapa dan anak-anak Orang Asli yang belum mempunyai sijil kelahiran dan kad pengenalan dari keempat-empat kampung yang terlibat (Kampung Kuala Gandah, Bukit Gabang, Sungai Lileh, Bukit Licin). (Sila rujuk Jadual 16 untuk data murid dan penduduk kampung yang tidak mempunyai sijil kelahiran semasa Program Outreach 2008) SUHAKAM dengan kerjasama Centre for Orang Asli Concerns (COAC) telah mengambil inisiatif untuk mengambil gambar foto bagi kegunaan sijil kelahiran dan kad pengenalan. Sebanyak 76 gambar telah diambil untuk mereka yang tidak mempunyai sijil kelahiran dan kad pengenalan. Daripada 530 orang yang hadir di SK Kuala Betis, Gua Musang, Kelantan hanya terdapat 50 orang yang masih belum mempunyai kad pengenalan dan 26 orang belum mempunyai sijil kelahiran. JHEOA Negeri Kelantan dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara telah menjalankan operasi “Sijil Kelahiran dan Kad Pengenalan” secara berterusan sejak 2 tahun lalu. Kesemua 76 orang ini telah berjaya membuat dokumen mereka dalam program tersebut. (Sila rujuk Jadual 16). Daripada 350 orang yang hadir di SK Sungai Tiang, Gerik, Perak, hanya terdapat 40 orang masih belum mempunyai sijil kelahiran dan kad pengenalan. Pada hari berkenaan, sebanyak 26 kes sijil kelahiran dapat diselesaikan dan 6 lagi diproses kemudian. Seramai 8 orang masih dalam proses penyediaan kad pengenalan. Jumlah yang kecil ini adalah kerana JHEOA Negeri Perak dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara daerah Gerik telah menjalankan operasi “Sijil Kelahiran dan Kad Pengenalan” secara berterusan sejak 3 tahun kebelakangan ini. Di semua program ini, SUHAKAM telah membawa bersama seorang penolong Pegawai Daerah dari Gerik yang bertindak sebagai Pesuruhjaya Sumpah bagi mempercepatkan proses penyediaaan sijil kelahiran. (Sila rujuk Jadual 16) 47

Select target paragraph3