W26 kepada Panel sebagai bahan bukti bagi menyokong kenyataan beliau itu
tadi.
Ding Jo Ann (W31)
27.
Penyataan W26 sepertimana di atas telah disokong oleh Ding Jo Ann (W31). Beliau
adalah seorang penyelidik media yang telah melakukan kajian terhadap beritaberita yang diterbitkan oleh empat (4) media arus perdana dari 25 Jun sehingga
11 Julai 2011. Hasil kajian W31 tersebut telah diserahkan kepada Panel sebagai
bahan bukti kepada keterangan yang beliau lakukan dalam pendengaran yang
berkaitan.
28.
Sehubungan dengan itu, W31 menyatakan bahawa berdasarkan kajian beliau,
kebanyakan artikel yang disiarkan mengenai perhimpunan BERSIH 2.0 adalah
merupakan artikel-artikel yang tidak memberi pandangan yang seimbang
terhadap perhimpunan BERSIH 2.0. Malah, ia mungkin akan menimbulkan
tanggapan yang salah di kalangan masyarakat umum terhadap perhimpunan
berkenaan.
29.
W31 seterusnya menerangkan bahawa adalah menjadi tanggungjawab media
untuk menyalurkan informasi yang seimbang. Selain itu segala maklumat yang
disampaikan seharusnya mengandungi maklumat yang lengkap, begitu juga
kesahihan berita yang disiarkan perlu dipastikan.
PENEMUAN
30.
Setelah meneliti semua rekod dan keterangan yang telah diberikan, Panel
berpendapat bahawa bahan yang disiarkan oleh media, terutamanya media arus
perdana telah menggambarkan perhimpunan BERSIH 2.0 sebagai satu gerakan
yang akan menimbulkan kekacauan. Sebagai contoh, New Straits Times di dalam
satu artikel yang disiarkan pada 13 Jun 2011 memuatkan pendapat beberapa Ahli
Parlimen
Bebas
yang
menyuarakan
pandangan
mereka
bahawa
tujuan
perhimpunan tersebut adalah tidak sihat dan akan mengancam keselamatan
9