BAB 3
PELANGGARAN HAK ASASI SEBELUM PERHIMPUNAN BERSIH 2.0
Dato‟ Ambiga Sreenevasan (W26)
24.
Dato‟ Ambiga Sreenevasan, yang selepas ini akan disebut sebagai (W26)
merupakan
Pengerusi
BERSIH
2.0.
Berdasarkan
kedudukan
tersebut,
W26
mendakwa beliau telah menerima berbagai ancaman, termasuk ugutan bunuh
dari individu yang tidak dikenali, begitu juga gangguan daripada beberapa pihak
termasuklah individu persendirian, PDRM dan dari sesetengah pemimpin kerajaan.
25.
W26 juga mendakwa, laporan media telah menonjolkan beliau dalam konteks
yang salah dan ianya telah mengganggu privasi serta keselamatan diri dan
keluarga beliau.
Bagi menyokong dakwaan tersebut, W26 telah memberi
beberapa contoh, antaranya bagaimana alamat rumah persendirian beliau telah
disiarkan oleh sebuah stesyen televisyen tempatan. Antara contoh lain ialah
panggilan telefon yang bersifat ugutan yang telah dibuat oleh individu yang tidak
dikenali. Malah beberapa kenyataan yang berdasarkan fakta yang tidak tepat
telah disiarkan oleh sesetengah media tempatan. Selanjutnya, W26 menjelaskan
bahawa gangguan-gangguan berkenaan telah menimbulkan rasa tidak selesa
bagi dirinya sendiri serta keluarga hingga merasakan bahawa diri mereka berada
dalam bahaya. Akibatnya beliau terpaksa menggunakan khidmat pengawal
peribadi.
26.
Selanjutnya W26 mendakwa bahawa usaha telah dilakukan oleh pelbagai pihak,
termasuk media arus perdana untuk memburuk-burukkan dengan pelbagai cara
dan fitnah.
Usaha tersebut, menurut beliau lagi, bukan sahaja menjejaskan
kedudukan beliau sebagai seorang pemimpin pergerakan, tetapi juga secara
tidak langsung memberikan tanggapan negatif terhadap perhimpunan BERSIH 2.0
yang akan diadakan itu.
Sebagai bahan bukti W26 telah mengumpulkan
sebanyak 287 artikel yang pernah disiarkan oleh media yang kebanyakannya
dianggap telah menimbulkan persepsi negatif terhadap beliau sendiri dan juga
terhadap perhimpunan BERSIH 2.0. Kesemua artikel tersebut telah diserahkan oleh
8