MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA Pemeriksaan intrusif - Melibatkan pemeriksaan dalam badan atau lubang badan termasuk pengeluaran yang dijalankan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan, pembantu hospital atau jururawat berdaftar dibawah arahan. Penggunaan kekerasan – kekerasan yang dibenarkan oleh undang-undang untuk digunakan oleh penguatkuasa bagi melaksanakan tangkapan apabila suspek melawan tangkapan tersebut. Pengehadan hak asasi manusia – tindakan menyekat hak asasi manusia tertentu (hak terbatas) yang perlu dan berkadaran mengikut undang-undang untuk melindungi keselamatan negara, ketenteraman awam, kesihatan awam atau moral atau hak dan kebebasan orang lain Penilaian Penggalan Sejagat - satu mekanisme Majlis Hak Asasi Manusia (HRC) di mana rekod hak asasi manusia kesemua 192 Negara Anggota dinilai semula setiap empat setengah tahun. UPR merupakan mekanisme baru yang diwujudkan oleh Persidangan Umum PBB di bawah Resolusi 60/251 pada 15 Mac 2006. Peraturan Bangkok - secara rasminya adalah Peraturan PBB untuk Layanan Terhadap Banduan Wanita dan Langkah Bukan Penahanan bagi Pesalah Wanita, mengandungi 70 peraturan yang berkaitan dengan layanan termasuk hak wanita yang menghadapi sistem keadilan jenayah. Ia diterimapakai oleh Perhimpunan Agung PBB pada 22 Disember 2010. Peraturan Bangkok terpakai untuk semua tahanan wanita sama ada dalam tempoh reman atau telah dijatuhkan hukuman dan setelah dibebaskan sepanjang mereka menghadapi sistem keadilan jenayah. Peraturan Beijing – secara rasminya adalah Peraturan Piawaian Minima PBB untuk Pentadbiran Keadilan Juvenil diterimapakai oleh Perhimpunan Agung PBB pada 29 November 1985. Ia mengandungi 30 peraturan yang mengariskan panduan dalam menangani pentadbiran keadilan juvenil. Peraturan 7 menyenaraikan hak-hak juvenil iaitu anggapan tidak bersalah, hak untuk dimaklum pertuduhan, hak untuk berdiam diri, hak untuk mendapatkan khidmat peguam, hak untuk kehadiran ibu bapa atau penjaga, hak untuk berhadapan dan menyoal balas saksi dan hak untuk membuat rayuan kepada pihak berkuasa yang lebih tinggi. Peraturan Mandela – merupakan Peraturan Piawaian Minima untuk Layanan Banduan diterimapakai oleh Kongres Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Pertama mengenai Pencegahan Jenayah dan Layanan terhadap Pesalah yang diadakan di Geneva pada tahun 1955. Peraturan in kemudiannya dikajisemula dan diterimapakai oleh Perhimpunan Agung PBB pada tahun 2015. Peraturan ini kemudiannya dikenali sebagai Peraturan Mandela kerana menghargai legasi Nelson Mandela yang pernah dipenjarakan selama 27 tahun kerana memerangi apartheid. Ia mengandungi 122 peraturan. Perisytiharan - dokumen yang mengandungi prinsip dan piawaian yang dipersetujui bersama tetapi tidak mengikat secara perundangan. Persidangan PBB, seperti Persidangan PBB Mengenai Hak Asasi Manusia 1993 di Vienna dan Persidangan Dunia untuk Wanita 1995 di Beijing, menghasilkan dua deklarasi: satu yang ditulis oleh wakil kerajaan dan satu lagi oleh organisasi bukan kerajaan (NGO). Perhimpunan Agung PBB sering mengeluarkan perisytiharan yang berpengaruh tetapi tidak mengikat. 176 

اختر الفقرة المستهدفة3

الاتصال بفقرة
Connect to an entity
Disable highlights
أضف إلى جدول المحتويات