MODUL HAK ASASI MANUSIA
UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA
Non-refoulment - prinsip asas undang-undang antarabangsa yang melarang sesebuah
negara daripada mengembalikan pencari suaka atau pelarian ke negara di mana
mereka mungkin berada dalam bahaya penganiayaan berdasarkan kaum, agama,
kewarganegaraan, keanggotaan kumpulan sosial atau pendapat politik tertentu.
Orang Kena Tahan (OKT) – orang yang ditangkap oleh penguatkuasa undang-undang
berdasarkan kepada Seksyen kerana disyaki melakukan sesuatu kesalahan di bawah
undang-undang.
Orang Kurang Upaya (OKU) - mereka yang mempunyai kecacatan fizikal, gangguan
mental, intelektual atau deria untuk jangkamasa panjang yang mana interaksi mereka
dengan pelbagai halangan boleh menghalang penyertaan penuh dan berkesan mereka
dalam masyarakat secara saksama dengan orang lain. Berdasarkan kepada Jabatan
Kebajikan Masyarakat, tujuh kategori OKU iaitu kurang upaya pendengaran, kurang upaya
penglihatan, kurang upaya pertuturan, kurang upaya fizikal, kurang upaya pembelajaran,
kurang upaya mental dan kurang upaya pelbagai.
Orang Kena Tuduh (OKT) - orang yang menghadapi pertuduhan di mahkamah atas sesuatu
kesalahan tetapi belum disabitkan kesalahan tersebut
Orang Yang Disyaki (OYDS) – orang yang berada di dalam tahanan polis untuk tujuan
siasatan atas sesuatu kesalahan di bawah undang-undang sebelum dikenakan pertuduhan
di mahkamah
Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia - pegawai utama hak asasi manusia PBB. Pesuruhjaya
Tinggi mengetuai Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia (OHCHR) beribupejabat di
Geneva yang ditubuhkan untuk menyokong mekanisme hak asasi manusia PBB.
Pelanggaran hak asasi manusia – tindakan atau tiada tindakan oleh negara atau
perniagaan yang menyebabkan mana-mana individu dinafikan hak asasi manusia.
Pelapor Khas (Special Raporteur) - seseorang yang dipilih oleh badan hak asasi manusia,
seperti Majlis Hak Asasi Manusia PBB untuk melaporkan tentang tema tertentu antaranya
isu perumahan yang mencukupi, pelacuran dan pornografi kanak-kanak, keganasan
terhadap wanita atau situasi hak asasi manusia di negara tertentu.
Pemeriksaan tepuk - pemeriksaan di bahagian luar tubuh secara menyentuh dengan
tangan termasuk pemeriksaan ke atas apa-apa yang dipakai atau dibawanya.
Pemeriksaan tanggal - pemeriksaan melibatkan penanggalan sebahagian daripada
pakaian dan menutup dengan pakaian khas. Dilakukan oleh penguatkuasa undangundang setelah pemeriksaan tepuk tidak memadai dan mengikut Kanun Prosedur Jenayah.
Pemeriksaan dalaman - Melibatkan pemeriksaan fizikal lubang badan selain daripada mulut,
hidung dan telinga. Dilakukan oleh penguatkuasa undang-undang setelah pemeriksaan
tanggal tidak memadai dan mengikut Kanun Prosedur Jenayah
175
اختر الفقرة المستهدفة3
الاتصال بفقرة
Connect to an entity
Disable highlights
أضف إلى جدول المحتويات