MODUL HAK ASASI MANUSIA
UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA
5.26 Negara-negara yang menyertai Protokol Pilihan Konvensyen Pertubuhan Bangsa
Bersatu-Bersatu Menentang Penyeksaan hendaklah memberi kuasa kepada Mekanisme
Pencegahan Kebangsaan (National Preventive Mechanisms) untuk membuat lawatan
mengejut ke tempat tahanan. Mereka patut mempunyai akses kepada maklumat
dan fail-fail serta kuasa untuk menjalankan temubual secara sulit dengan orang-orang
yang dilucutkan kebebasannya dan begitu juga dengan kakitangan.
5.27 Kerajaan patut mendirikan sistem dan proses yang membenarkan badan pemantauan
luar memberikan cadangan tentang sebarang perubahan yang perlu untuk
meningkatkan keberkesanan temubual dan perlindungan undang-undang. Pihak
berkuasa patut komited menjalankan dialog dengan badan-badan luar mengenai
dapatan dan cadangan mereka.
5.28 Organisasi masyarakat sivil juga boleh memainkan peranan penting dalam pemerhatian
dan pemantauan bebas. Pihak berkuasa patut mengalu-alukan penyertaan mereka
dan memberikan pertimbangan sewajarnya terhadap sebarang laporan yang
dikemukakan hasil daripada pemantauan tempat orang dilucutkan kebebasannya
dan tempat mereka ditemubual; ini termasuklah temubual dengan saksi dan mangsa.
Aduan dan Siasatan
5.29 Semua orang yang ditemubual mempunyai hak untuk membuat aduan tentang
sebarang penganiayaan, termasuk penafian hak atau perlindungan. Aduan
sedemikian hendaklah diperiksa dengan segera, menyeluruh dan tidak berat sebelah
melalui saluran berkelayakan dan yang diperuntukkan.
5.30 Akses kepada mekanisme aduan hendaklah mudah, terus, percuma, dan sulit. Langkahlangkah yang sewajarnya hendaklah diambil bagi memastikan bahawa mekanisme
aduan boleh diakses oleh semua, khususnya orang dalam situasi kerentanan tinggi.
Pengadu patut menerima panduan jelas tentang proses aduan, mekanisme rayuan
dan hasilnya.
5.31 Semua aduan hendaklah direkodkan, tanpa mengira masa kejadian. Aduan sedemikian
hendaklah menjadi sebahagian daripada rekod rasmi. Setiap kali sesebuah aduan
dibuat oleh atau bagi pihak orang yang ditemubual semasa perjalanan temubual,
perekodan boleh menyebabkan penangguhan sementara temubual tersebut.
5.32 Apabila penemubual mempunyai alasan munasabah untuk mempercayai bahawa
orang yang ditemubual telah dianiaya atau hak mereka dinafikan sebelum temubual,
mereka patut memaklumkan pegawai atau pihak berkuasa yang sesuai, yang
kemudiannya akan bertanggungjawab menangani dakwaan tersebut.
5.33 Setiap kali terdapat alasan untuk mempercayai bahawa satu perbuatan menyeksa
telah dilakukan, walaupun tiada aduan, siasatan yang menyeluruh, segera dan saksama
hendaklah dilakukan, menurut Artikel 12 Konvensyen PBB Menentang Penyeksaan.
155
اختر الفقرة المستهدفة3
الاتصال بفقرة
Connect to an entity
Disable highlights
أضف إلى جدول المحتويات