MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA
5.18 Tanggungjawab untuk membuat laporan tentang penyeksaan dan layanan buruk patut
digalakkan dan dilindungi. Jika seorang pegawai rasa dia tidak boleh mempersoalkan
atau mencabar seorang rakan sekerja secara langsung, dia patut melaporkan
kebimbangannya melalui pengurus peringkat, mekanisme pelaporan agensi atau lainlain saluran yang sesuai termasuk mekanisme pemerhatian. Tanggungjawab untuk
membuat laporan ini juga patut terpakai jika mereka mempunyai tanggapan bahawa
kebimbangan mereka tidak mendapat tindakbalas yang sepatutnya.
5.19 Sesiapa yang melaporkan perlanggaran, seperti seorang ‘pemberi maklumat’,
hendaklah mendapat perlindungan secukupnya daripada sebarang bentuk tindak
balas atau layanan yang negatif.
5.20 Profesional keadilan jenayah yang lain, seperti peguam, pendakwa dan hakim yang
melihat, mendengar, atau mengesyaki terdapat kesalahan berkaitan temubual, turut
mempunyai tanggungjawab untuk membawa perkara tersebut kepada perhatian
agensi melalui saluran yang sesuai atau melaporkannya kepada pihak berkuasa lain
yang relevan.
5.21 Profesional keadilan jenayah memainkan peranan penting dalam mencegah
penyeksaan dan layanan buruk yang lain dan meningkatkan amalan temubual. Ini
termasuklah, secara khususnya, tanggungjawab untuk mengenepikan dari prosiding
kehakiman sebarang keterangan yang diperoleh melalui penyeksaan, layanan buruk
yang lain, kesalahan tatacara atau sebarang bentuk kaedah yang memaksa.
5.22 Kebergantungan melampau terhadap pengakuan dalam prosiding kehakiman
menyebabkan insentif yang tidak wajar kerana penemubual melihat pengakuan
sebagai satu-satunya objektif sesebuah temubual, dan oleh itu patut dielakkan.
Pemerhatian Luar dan Pemantauan Bebas
5.23 Badan pemerhati luar – seperti Institusi Hak Asasi Manusia Kebangsaan, Pejabat
Ombudsman, badan kehakiman, atau organisasi pemerhatian khusus – patut
mempunyai akses kepada mana-mana fasiliti di mana tahanan ditemubual dan
maklumat tentang tahanan.
5.24 Badan pemantauan luar patut boleh menghubungi secara tertutup mana-mana
orang dalam tahanan. Orang yang membuat aduan tentang layanan buruk atau
pencabulan oleh agen kerajaan mesti mempunyai hak untuk berkomunikasi dengan
bebas dan sulit dengan badan pemantauan bebas, tanpa takut dengan tindak balas,
tertakluk kepada syarat munasabah bagi memastikan keselamatan dan keteraturan.
5.25 Selaras dengan Prinsip-prinsip Paris mengenai Institusi Hak Asasi Manusia Kebangsaan,
badan pemantauan luar patut bebas dan mempunyai sumber yang mencukupi untuk
menjalankan analisis menyeluruh, segera, saksama dan adil terhadap fungsi tempat di
mana orang ditemubual dan memastikan hak dan maruah orang tersebut dihormati.
154
اختر الفقرة المستهدفة3
الاتصال بفقرة
Connect to an entity
Disable highlights
أضف إلى جدول المحتويات