MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA
a. Nilai dan kebolehpercayaan maklumat yang diperolehi dan bagaimana ia
sepadan dengan bukti yang sudah diperolehi, kelompangan maklumat dan risikan
lain yang dikumpul.
b. Siasatan lanjutan apa yang diperlukan untuk memajukan penyiasatan atau operasi.
c. Sama ada semua perlindungan yang relevan telah digunapakai dengan berkesan.
Prinsip 3 – Kerentanan Temubual yang berkesan perlu mengenal pasti dan
menangani keperluan orang yang ditemubual dalam situasi kerentanan.
………………………………………………………………………………………………….........................
Huraian
Temubual sebagai Situasi Kerentanan
3.1 Boleh dikatakan semua orang yang ditemubual mendapati diri mereka berada dalam
situasi kerentanan. Ini adalah kerana interaksi sedemikian dengan pihak berkuasa
menggambarkan ketidakseimbangan kuasa yang wujud. Ketidakseimbangan kuasa
lebih meruncing apabila seseorang yang ditemubual ditahan dan terpaksa bergantung
sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menikmati dan menggunakan hak asasi
mereka.
3.2 Penemubual harus sedar tentang kesan yang mungkin terjadi akibat ketidakseimbangan
kuasa dan mengambil langkah untuk mengurangkannya, demi menjamin perlindungan
semua orang yang ditemubual di bawah undang-undang sambil memaksimakan nilai
maklumat yang dikumpul. Ketidakseimbangan kuasa mungkin menyebabkan perasaan
tak tentu kepada orang yang ditemubual, dari keresahan ringan sehinggalah ketakutan
melampau. Reaksi sedemikian boleh memberi kesan kepada tindak balas fizikal, kognitif
dan emosi seseorang terhadap pertanyaan. Ia akan menghalang pemahaman orang
yang ditemubual terhadap soalan yang ditanya dan implikasi yang mungkin terhadap
jawapan mereka. Ia juga mungkin akan memberi kesan terhadap keupayaan orang
yang ditemubual untuk membuat keputusan termaklum demi kepentingan terbaik
bagi mereka sendiri atau memberikan maklumat yang terperinci dan tepat. Paling
teruk, tekanan memuncak yang dirasakan oleh sesetengah orang yang ditemubual
boleh melemahkan daya ingatan dan menghasilkan maklumat palsu.
3.3 Dengan menuruti panduan dalam prinsip-prinsip ini boleh membantu meyakinkan
semula orang yang ditemubual dan akan menyumbang kepada persekitaran yang
tidak memaksa. Ia akan memainkan peranan yang sangat penting dalam menghalang
penyalahgunaan kuasa oleh penemubual, yang menjejaskan integriti proses temubual,
serta mengurangkan amalan berisiko tinggi iaitu ‘temubual tak rasmi’ yang membawa
risiko layanan buruk yang besar.
146
اختر الفقرة المستهدفة3
الاتصال بفقرة
Connect to an entity
Disable highlights
أضف إلى جدول المحتويات