MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA a. Nilai dan kebolehpercayaan maklumat yang diperolehi dan bagaimana ia sepadan dengan bukti yang sudah diperolehi, kelompangan maklumat dan risikan lain yang dikumpul. b. Siasatan lanjutan apa yang diperlukan untuk memajukan penyiasatan atau operasi. c. Sama ada semua perlindungan yang relevan telah digunapakai dengan berkesan. Prinsip 3 – Kerentanan Temubual yang berkesan perlu mengenal pasti dan menangani keperluan orang yang ditemubual dalam situasi kerentanan. …………………………………………………………………………………………………......................... Huraian Temubual sebagai Situasi Kerentanan 3.1 Boleh dikatakan semua orang yang ditemubual mendapati diri mereka berada dalam situasi kerentanan. Ini adalah kerana interaksi sedemikian dengan pihak berkuasa menggambarkan ketidakseimbangan kuasa yang wujud. Ketidakseimbangan kuasa lebih meruncing apabila seseorang yang ditemubual ditahan dan terpaksa bergantung sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menikmati dan menggunakan hak asasi mereka. 3.2 Penemubual harus sedar tentang kesan yang mungkin terjadi akibat ketidakseimbangan kuasa dan mengambil langkah untuk mengurangkannya, demi menjamin perlindungan semua orang yang ditemubual di bawah undang-undang sambil memaksimakan nilai maklumat yang dikumpul. Ketidakseimbangan kuasa mungkin menyebabkan perasaan tak tentu kepada orang yang ditemubual, dari keresahan ringan sehinggalah ketakutan melampau. Reaksi sedemikian boleh memberi kesan kepada tindak balas fizikal, kognitif dan emosi seseorang terhadap pertanyaan. Ia akan menghalang pemahaman orang yang ditemubual terhadap soalan yang ditanya dan implikasi yang mungkin terhadap jawapan mereka. Ia juga mungkin akan memberi kesan terhadap keupayaan orang yang ditemubual untuk membuat keputusan termaklum demi kepentingan terbaik bagi mereka sendiri atau memberikan maklumat yang terperinci dan tepat. Paling teruk, tekanan memuncak yang dirasakan oleh sesetengah orang yang ditemubual boleh melemahkan daya ingatan dan menghasilkan maklumat palsu. 3.3 Dengan menuruti panduan dalam prinsip-prinsip ini boleh membantu meyakinkan semula orang yang ditemubual dan akan menyumbang kepada persekitaran yang tidak memaksa. Ia akan memainkan peranan yang sangat penting dalam menghalang penyalahgunaan kuasa oleh penemubual, yang menjejaskan integriti proses temubual, serta mengurangkan amalan berisiko tinggi iaitu ‘temubual tak rasmi’ yang membawa risiko layanan buruk yang besar. 146 

اختر الفقرة المستهدفة3

الاتصال بفقرة
Connect to an entity
Disable highlights
أضف إلى جدول المحتويات