MODUL HAK ASASI MANUSIA
UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA
2.46 Rakaman audio-visual membolehkan penemubual menumpukan perhatian terhadap
temubual dan menjimatkan masa jika proses kehakiman berjalan nanti. Rakaman
audio-visual keseluruhan temubual juga merupakan perlindungan penting daripada
layanan buruk. Apabila dilakukan dengan betul, ia memberikan rekod temubual yang
lengkap dan asli. Penggunaan teknologi ini memudahkan penyiasatan sebarang
dakwaan layanan buruk, yang merupakan kepentingan bersama penemubual dan
orang yang ditemubual dalam kes di mana terdapat dakwaan salah laku.
2.47 Sekiranya peralatan rakaman tersedia tetapi tidak digunakan, sebab dan justifikasi
spesifik hendaklah direkodkan. Sebarang penyimpangan dari dasar jabatan atau
agensi mengenai rakaman juga patut didokumentasikan. Sebarang rakaman temubual
hendaklah disimpan dalam tempoh yang munasabah dan sedia untuk disemak oleh
orang yang layak.
2.48 Penemubual patut menentusahkan semua aspek aktiviti pra-temubual dan layanan
terhadap orang yang ditemubual, termasuk rekod jagaan, supaya mereka boleh
mengakses sebarang impak terhadap temubual yang boleh berlaku akibat aktiviti
sebelum itu.
2.49 Penemubual patut memastikan semua perlindungan yang terpakai sebelum
temubual telah dilaksanakan, termasuk bekerjasama dengan wakil undang-undang.
Ini menyumbang dalam membina hubungan baik dengan orang yang ditemubual
kerana menunjukkan rasa hormat penemubual terhadap hak asasi dan maruah orang
yang ditemubual dan meningkatkan prospek mendapatkan maklumat yang boleh
dipercayai.
2.50 Penemubual bertanggungjawab mempertimbangkan keperluan orang yang
ditemubual yang telah dikenal pasti terlebih dahulu oleh pegawai, serta menilai
situasi kerentanan yang tinggi (termasuk keadaan emosi orang yang ditemubual) dan
bersedia untuk menyelesaikannya dengan wajar. Contohnya, mereka mungkin perlu
menguruskan kehadiran pihak ketiga, seperti wakil undang-undang dan orang sokongan
untuk kanak-kanak atau orang yang ditemubual mempunyai ketidakupayaan intelek
atau psikososial.
2.51 Penemubual patut sentiasa mengawasi emosi mereka sendiri mengenai inti perkara
dan perasaan mereka terhadap orang yang ditemubual, supaya dapat kelihatan
tenang dan mempunyai kawalan diri sepanjang temubual. Jika ini mustahil untuk
dilakukan, penemubual yang lain patut ditugaskan untuk mengambil alih temubual.
Semasa Temubual – Membina dan Mengekalkan Hubungan Baik
2.52 Penemubual yang berkesan boleh menyesuaikan diri, mendengar dengan berhatihati, berkomunikasi dengan empati, dan menggunapakai etos bahawa menyoal
dengan wajar, tanpa paksaan, berperikemanusiaan, beretika dan mematuhi undangundang dapat memelihara kepentingan semua yang terlibat: penemubual, orang
yang ditemubual dan pihak berkuasa pengumpulan maklumat. Mereka sedar bahawa
peranan penemubual ialah untuk mendapatkan maklumat sebaik mungkin supaya
dapat membuat keputusan. Hanya mahkamah yang boleh menentukan sama ada
seseorang itu bersalah atau tidak.
141
اختر الفقرة المستهدفة3
الاتصال بفقرة
Connect to an entity
Disable highlights
أضف إلى جدول المحتويات