MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA 2.46 Rakaman audio-visual membolehkan penemubual menumpukan perhatian terhadap temubual dan menjimatkan masa jika proses kehakiman berjalan nanti. Rakaman audio-visual keseluruhan temubual juga merupakan perlindungan penting daripada layanan buruk. Apabila dilakukan dengan betul, ia memberikan rekod temubual yang lengkap dan asli. Penggunaan teknologi ini memudahkan penyiasatan sebarang dakwaan layanan buruk, yang merupakan kepentingan bersama penemubual dan orang yang ditemubual dalam kes di mana terdapat dakwaan salah laku. 2.47 Sekiranya peralatan rakaman tersedia tetapi tidak digunakan, sebab dan justifikasi spesifik hendaklah direkodkan. Sebarang penyimpangan dari dasar jabatan atau agensi mengenai rakaman juga patut didokumentasikan. Sebarang rakaman temubual hendaklah disimpan dalam tempoh yang munasabah dan sedia untuk disemak oleh orang yang layak. 2.48 Penemubual patut menentusahkan semua aspek aktiviti pra-temubual dan layanan terhadap orang yang ditemubual, termasuk rekod jagaan, supaya mereka boleh mengakses sebarang impak terhadap temubual yang boleh berlaku akibat aktiviti sebelum itu. 2.49 Penemubual patut memastikan semua perlindungan yang terpakai sebelum temubual telah dilaksanakan, termasuk bekerjasama dengan wakil undang-undang. Ini menyumbang dalam membina hubungan baik dengan orang yang ditemubual kerana menunjukkan rasa hormat penemubual terhadap hak asasi dan maruah orang yang ditemubual dan meningkatkan prospek mendapatkan maklumat yang boleh dipercayai. 2.50 Penemubual bertanggungjawab mempertimbangkan keperluan orang yang ditemubual yang telah dikenal pasti terlebih dahulu oleh pegawai, serta menilai situasi kerentanan yang tinggi (termasuk keadaan emosi orang yang ditemubual) dan bersedia untuk menyelesaikannya dengan wajar. Contohnya, mereka mungkin perlu menguruskan kehadiran pihak ketiga, seperti wakil undang-undang dan orang sokongan untuk kanak-kanak atau orang yang ditemubual mempunyai ketidakupayaan intelek atau psikososial. 2.51 Penemubual patut sentiasa mengawasi emosi mereka sendiri mengenai inti perkara dan perasaan mereka terhadap orang yang ditemubual, supaya dapat kelihatan tenang dan mempunyai kawalan diri sepanjang temubual. Jika ini mustahil untuk dilakukan, penemubual yang lain patut ditugaskan untuk mengambil alih temubual. Semasa Temubual – Membina dan Mengekalkan Hubungan Baik 2.52 Penemubual yang berkesan boleh menyesuaikan diri, mendengar dengan berhatihati, berkomunikasi dengan empati, dan menggunapakai etos bahawa menyoal dengan wajar, tanpa paksaan, berperikemanusiaan, beretika dan mematuhi undangundang dapat memelihara kepentingan semua yang terlibat: penemubual, orang yang ditemubual dan pihak berkuasa pengumpulan maklumat. Mereka sedar bahawa peranan penemubual ialah untuk mendapatkan maklumat sebaik mungkin supaya dapat membuat keputusan. Hanya mahkamah yang boleh menentukan sama ada seseorang itu bersalah atau tidak. 141 

اختر الفقرة المستهدفة3

الاتصال بفقرة
Connect to an entity
Disable highlights
أضف إلى جدول المحتويات