MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA 38. Antara berikut yang manakah TIDAK BENAR tentang prinsip-prinsip umum penahanan orang kurang upaya? a. Penangkapan atau penahanan seseorang yang mempunyai kekurangan upaya fizikal, mental, intelektual atau deria harus mengikut undang-undang b. Negara hendaklah memastikan perkhidmatan yang tersedia untuk tahanan semasa dalam penahanan dapat diakses secara saksama oleh orang kurang upaya c. Negara hendaklah memastikan bahawa tindakan tatatertib terhadap tahanan mengambil kira ketidakupayaan seseorang d. Negara perlu menyediakan peneman kepada tahanan kurang upaya untuk memastikan keperluannya terjaga sepanjang penahanan 39. Berikut adalah hak orang yang disoal siasat KECUALI... a. Dilindungi daripada gangguan sewenang-wenang terhadap privasi, keluarga, rumah atau surat-menyurat b. Segala maklumat yang diperolehi melalui sesi soal siasat harus dirahsiakan kecuali mengikut keperluan undang-undang c. Dilindungi daripada tekanan fizikal atau mental dalam cubaan untuk mendapatkan maklumat d. Tidak memberikan sebarang kerjasama kepada soal siasat yang dijalankan. 40. Jahal cuba mencuri setin susu tepung untuk ibu mengandung dari sebuah pasaraya. Dia telah ditangkap oleh anggota polis semasa melakukan perbuatan tersebut. Usia beliau adalah 11 tahun dan dia memberitahu bahawa dia mencuri susu tersebut kerana ibunya sedang mengandung 7 bulan dan bapanya baru meninggal sebulan yang lalu. Berdasarkan pernyataan tersebut, antara tindakan di bawah, yang manakah selari dengan pendekatan hak asasi manusia sekiranya diambil oleh polis? a. Menahan Jahal kerana laporan polis dibuat oleh pihak pasaraya dan meneruskan kertas siasatan kerana dia telah mencapai umur anggapan keupayaan melakukan jenayah yang boleh disangkal. b. Melibatkan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat dan berbincang dengan pihak pasaraya sama ada perlu meneruskan kes tersebut atau sebaliknya sebelum membuat keputusan selanjutnya. c. Membebaskan Jahal walaupun laporan polis terhadap Jahal dilaporkan oleh pihak pasaraya. d. Berbincang dengan pihak pasaraya sama ada perlu meneruskan kes tersebut dan memberikan pengajaran kepada Jahal dengan menampar mukanya agar dia tidak mengulangi perbuatan tersebut. Modul 5: Larangan penyeksaan dan layanan serta hukuman zalim, tidak berperikemanusiaan serta menjatuhkan maruah 41. Bilakah Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Menentang Penyeksaan dan Layanan atau Hukuman Lain yang Zalim, Tidak Berperikemanusiaan atau Menjatuhkan Maruah (UNCAT) diluluskan oleh PBB? a. 24 April 1995 b. 10 Disember 1984 c. 10 Ogos 1984 d. 24 Mei 2001 42. Berapakah bilangan Negara Ahli yang meratifikasi UNCAT? a. 53 c. 118 b. 121 d. 171 167 

اختر الفقرة المستهدفة3

الاتصال بفقرة
Connect to an entity
Disable highlights
أضف إلى جدول المحتويات