MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA 32. Apakah syarat-syarat untuk tindakan halang dan pemeriksaan (stop and search) yang mematuhi hak asasi manusia? i. Patuh kepada undang-undang ii. Wujud keraguan munasabah iii. Tidak mendiskriminasi iv. Menjaga maruah diri dan privasi a. i dan iii b. i dan ii c. ii dan iv d. semua di atas 33. Antara pernyataan berikut, yang manakah TIDAK BENAR berkaitan dengan tangkapan yang mematuhi hak asasi manusia? a. Keputusan sama ada perlu menangkap seseorang adalah terletak kepada kuasa dan budibicara pegawai polis semata-mata b. Polis dibenarkan menggunakan kekerasan sekiranya orang kena tangkap (OKT) melawan tangkapan tersebut. c. Pelanggaran hak asasi manusia semasa tangkapan boleh berlaku apabila tangkapan dilakukan sewenang-wenang atau cara tangkapan dilakukan melampaui prinsip keberkadaran. d. Perkara 5 (1) Perlembagaan Persekutuan melindungi kebebasan individu kecuali penafian kebebasan tersebut dibuat mengikut undang-undang. 34. Antara berikut yang manakah hak orang yang kena tahan (OKT)? i. Hak untuk dimaklumkan sebab tangkapan dengan seberapa segera yang boleh. ii. Hak untuk dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah oleh mahkamah iii. Hak akses kepada keadilan iv. Hak untuk dibebaskan dengan seberapa segera yang boleh. a. i, ii dan iii b. i dan iii c. ii dan iii d. semua di atas 35. Seorang artis wanita terkenal berusia 30 tahun ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti ‘Macau Scam’. Dalam mempertimbangkan sama ada dia perlu sambung reman atau tidak bergantung kepada kriteria berikut KECUALI... a. Kerjasama yang diberikan oleh suspek b. Keseriusan kesalahan yang disyaki dilakukan c. Status suspek sama ada seorang berprofil tinggi atau sebaliknya d. Sama ada suspek akan melarikan diri atau tidak 36. Antara berikut, yang manakah dokumen PBB yang menyenaraikan garis panduan khusus berkaitan penahanan wanita? a. Peraturan Bangkok b. Peraturan Beijing c. Peraturan Mandela d. Protokol Istanbul 37. Berikut adalah prinsip-prinsip umum penahanan kanak-kanak KECUALI… a. Penahanan kanak-kanak tidak harus dijadikan suatu kebiasaan sebaliknya ia adalah langkah terakhir b. Kanak-kanak perempuan hendaklah ditahan di dalam sel yang berasingan daripada kanak-kanak lelaki c. Penahanan kanak-kanak hendaklah untuk tempoh sesingkat yang mungkin. d. Kanak-kanak yang berumur di bawah 12 tahun sahaja diasingkan daripada tahanan dewasa 166 

اختر الفقرة المستهدفة3

الاتصال بفقرة
Connect to an entity
Disable highlights
أضف إلى جدول المحتويات