MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA
Perkara 7
Pegawai penguatkuasa undang-undang seharusnya tidak terlibat dalam perbuatan
rasuah. Mereka hendaklah menentang dan memerangi sekeras-kerasnya semua perbuatan
tersebut.
Ulasan:
(a) Segala perbuatan rasuah, sama seperti penyalahgunaan kuasa lain, tidak sesuai
dengan profesion pegawai penguatkuasa undang-undang. Undang-undang mesti
ditegakkan sepenuhnya terhadap pegawai penguatkuasa undang-undang yang
melakukan perbuatan rasuah, kerana Kerajaan tidak boleh mengharapkan undangundang dilaksana di kalangan warganegara mereka jika mereka tidak dapat, atau
tidak akan, menguatkuasakan undang-undang tersebut terhadap ejen dan agensi
mereka sendiri.
(b) Walaupun definisi rasuah mesti merujuk kepada undang-undang negara, namun adalah
difahami bahawa ia merangkumi pelaksanaan atau ketidaklaksanaan sesuatu tindakan
dalam menjalankan atau berkaitan dengan tugas seseorang, sebagai balasan kepada
hadiah, janji atau insentif yang diminta atau diterima, atau penerimaan secara salah
perkara-perkara tersebut setelah tindakan itu dilaksana atau tidak dilaksana.
(c) Ungkapan “perbuatan rasuah” yang disebutkan di atas harus difahami merangkumi
cubaan rasuah.
Perkara 8
Pegawai penguatkuasa undang-undang harus menghormati undang-undang dan Kod
ini. Mereka juga, dengan sedaya upaya mengikut kemampuan mereka, mencegah dan
menentang sekeras-kerasnya pelanggaran terhadap undang-undang dan Kod ini.
Pegawai penguatkuasa undang-undang yang mempunyai alasan untuk mempercayai
bahawa pelanggaran Kod ini telah terjadi atau akan berlaku hendaklah melaporkan
perkara tersebut kepada pihak atasan mereka dan, di mana perlu, kepada pihak berkuasa
atau badan yang sesuai yang diberi kuasa untuk menyiasat atau remedi.
Ulasan:
(a) Kod ini hendaklah dipatuhi apabila ia dimasukkan ke dalam undang-undang atau
amalan nasional. Sekiranya undang-undang atau amalan mengandungi peruntukan
yang lebih ketat daripada yang terdapat dalam Kod ini, maka peruntukan yang lebih
ketat hendaklah dipatuhi.
(b) Artikel ini berusaha untuk menjaga keseimbangan antara keperluan disiplin dalaman
agensi di mana keselamatan awam sangat bergantung padanya, di satu sudut, dan
pada sudut lain keperluan untuk menangani pelanggaran hak asasi manusia. Pegawai
penguatkuasa undang-undang harus melaporkan pelanggaran kepada lingkungan
rantaian perintah (chain of command) dan mengambil tindakan undang-undang
lain di luar rantaian perintah (chain of command) hanya apabila tiada remedi lain
yang wujud atau berkesan. Pegawai penguatkuasa tidak akan dikenakan sebarang
tindakan pentadbiran atau hukuman lain kerana mereka melaporkan pelanggaran
Kod ini setelah ia berlaku atau akan berlaku.
116
اختر الفقرة المستهدفة3
الاتصال بفقرة
Connect to an entity
Disable highlights
أضف إلى جدول المحتويات