MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA Perkara 7 Pegawai penguatkuasa undang-undang seharusnya tidak terlibat dalam perbuatan rasuah. Mereka hendaklah menentang dan memerangi sekeras-kerasnya semua perbuatan tersebut. Ulasan: (a) Segala perbuatan rasuah, sama seperti penyalahgunaan kuasa lain, tidak sesuai dengan profesion pegawai penguatkuasa undang-undang. Undang-undang mesti ditegakkan sepenuhnya terhadap pegawai penguatkuasa undang-undang yang melakukan perbuatan rasuah, kerana Kerajaan tidak boleh mengharapkan undangundang dilaksana di kalangan warganegara mereka jika mereka tidak dapat, atau tidak akan, menguatkuasakan undang-undang tersebut terhadap ejen dan agensi mereka sendiri. (b) Walaupun definisi rasuah mesti merujuk kepada undang-undang negara, namun adalah difahami bahawa ia merangkumi pelaksanaan atau ketidaklaksanaan sesuatu tindakan dalam menjalankan atau berkaitan dengan tugas seseorang, sebagai balasan kepada hadiah, janji atau insentif yang diminta atau diterima, atau penerimaan secara salah perkara-perkara tersebut setelah tindakan itu dilaksana atau tidak dilaksana. (c) Ungkapan “perbuatan rasuah” yang disebutkan di atas harus difahami merangkumi cubaan rasuah. Perkara 8 Pegawai penguatkuasa undang-undang harus menghormati undang-undang dan Kod ini. Mereka juga, dengan sedaya upaya mengikut kemampuan mereka, mencegah dan menentang sekeras-kerasnya pelanggaran terhadap undang-undang dan Kod ini. Pegawai penguatkuasa undang-undang yang mempunyai alasan untuk mempercayai bahawa pelanggaran Kod ini telah terjadi atau akan berlaku hendaklah melaporkan perkara tersebut kepada pihak atasan mereka dan, di mana perlu, kepada pihak berkuasa atau badan yang sesuai yang diberi kuasa untuk menyiasat atau remedi. Ulasan: (a) Kod ini hendaklah dipatuhi apabila ia dimasukkan ke dalam undang-undang atau amalan nasional. Sekiranya undang-undang atau amalan mengandungi peruntukan yang lebih ketat daripada yang terdapat dalam Kod ini, maka peruntukan yang lebih ketat hendaklah dipatuhi. (b) Artikel ini berusaha untuk menjaga keseimbangan antara keperluan disiplin dalaman agensi di mana keselamatan awam sangat bergantung padanya, di satu sudut, dan pada sudut lain keperluan untuk menangani pelanggaran hak asasi manusia. Pegawai penguatkuasa undang-undang harus melaporkan pelanggaran kepada lingkungan rantaian perintah (chain of command) dan mengambil tindakan undang-undang lain di luar rantaian perintah (chain of command) hanya apabila tiada remedi lain yang wujud atau berkesan. Pegawai penguatkuasa tidak akan dikenakan sebarang tindakan pentadbiran atau hukuman lain kerana mereka melaporkan pelanggaran Kod ini setelah ia berlaku atau akan berlaku. 116 

اختر الفقرة المستهدفة3

الاتصال بفقرة
Connect to an entity
Disable highlights
أضف إلى جدول المحتويات