MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA
5. Modul 5: Larangan Penyeksaan dan Layanan serta Hukuman Kejam, Tidak
Berperikemanusiaan serta Menjatuhkan Maruah
Modul ini menjelaskan mengenai konvensyen antarabangsa berkaitan
penyeksaan, definisi penyeksaan, perbezaan antara perlakuan yang sah dan
perlakuan yang tidak berperikemanusiaan atau menjatuhkan maruah. Modul
ini juga membincangkan hubungan antara larangan penyeksaan, layanan
tidak berperikemanusiaan dan menjatuhkan maruah, dan prinsip keperluan dan
keberkadaran, salah laku polis dan akibatnya.
Modul latihan ini juga dilengkapi dengan soalan penilaian kefahaman kursus untuk tenaga
pengajar mengukur tahap pengetahuan peserta sebelum dan selepas latihan. Adalah
diharapkan agar penggunaan modul latihan ini dapat meningkatkan peranan polis
sebagai pendukung undang-undang termasuk hak asasi manusia.
Pelbagai penulisan akademik dan juga modul latihan sama ada dalam atau luar negara
telah dirujuk dalam menghasilkan modul ini. Senarai rujukan tersebut disertakan di akhir
modul ini.
Dalam membangunkan modul ini, SUHAKAM telah mengadakan dua bengkel pemurniaan
iaitu bengkel pemurnian dalaman pada 27 dan 28 April 2021 dan bengkel pemurniaan
bersama PDRM pada 23 hingga 25 November 2021 bagi memastikan bahawa modul yang
dihasilkan ini sesuai digunakan oleh PDRM.
SUHAKAM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang
terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam membangunkan modul latihan ini.
Secara khususnya, SUHAKAM ingin merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang
terlibat secara langsung menghasilkan modul latihan ini:
SUHAKAM
Pesuruhjaya
Datuk Lok Yim Pheng dan Prof. Madya Dr. Nik Salida Suhaila Nik Saleh.
Pegawai-Pegawai
Rafidah Yahya, Shahizad Sulaiman, Lee Pei Hsi, Mohamad Azizi Azmi, Syamsul Azhar
Zamani, Wan Norhafizah Junid, Siti Rahayu Mohamed Noor, Norashikin Hamzah,
Muhammad
Faiz
Abd
Rahman,
Muhammad
Syafiq
Ikhwan
Ghazali,
Nur Adlin
Abdul Ghaffar, Aida Suraya Haron, Yustina Ishak,
Ahmad Afifi Ramli,
Sarah Adibah Hamzah, Mohd Shafik Md Sharif, Sara Warda Ibrahim, Nur Liyana Adlin Mohd
Nasarudin dan Noor Fatinullah Othman.
vi